Connect with us

Mobile Legends

MPL: Saiyajinn, bapak tanker Malaya yang seterusnya

Published

on

POSISI tank merupakan peranan yang paling ‘tersakiti’ dan sering dilupakan walaupun sebenarnya ia menjalankan tanggungjawab yang besar.

Selain meresap segala kesan musnah yang diberikan pihak lawan, seseorang tanker itu juga perlu menjalankan misi dalam membuka jalan mudah kepada pemain utama pasukan untuk melancarkan serangan.

Itu antara perkara yang berjaya dilakukan pemain profesional pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Muhammad Aiqal Amran (Saiyajinn) sehingga diangkat sebagai Pemain Terbaik Minggu Keempat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim Keenam.

Menurut pihak penganjur dan Moonton, pemilihan Saiyajinn sebagai pemain terbaik adalah berikutan kerana dia sentiasa dilihat mencari ruang untuk memperbaiki skil permainan sehingga menunjukkan ciri-ciri seorang tanker yang sangat cemerlang.

Saiyajinn juga mampu memberi saingan hebat kepada salah seorang pemain Hyper Carry pada musim ini iaitu, Muhammad Akmal Rozali (Mal) dari Red Reborn.

Menurut Moonton, Saiyajinn juga menjadi faktor besar untuk Team SMG dalam memperbaiki kedudukan dari tangga ke-10 ke tangga ke-7.

Meski Team SMG telah membazirkan tiga minggu pertama liga dengan tidak meraih sebarang mata kemenangan, ‘enjin’ pasukan itu seolah-olah dihidup semula apabila pasukan itu mempamerkan mutu persembahan yang sangat berbeza.

Kualiti kerja sepasukan semakin mantap sehingga terpancar keserasian dalam perlawanan. Kita boleh ambil contoh perlawanan Team SMG menentang Red Reborn pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan itu menyaksikan Team SMG mencuri dua mata kemenangan dari Red Reborn.

Pada pusingan kedua perlawanan itu juga menyaksikan Saiyajinn muncul sebagai MVP selepas menggunakan hero Khufra.

Meski menggunakan hero tank, Saiyajinn berjaya mendapakan mata KDA 3-2-16 dalam pusingan yang berlangsung selama 28 minit 50 saat.

Pada peringkat awal pusingan, Saiyajinn sentiasa mencari posisi yang sesuai dengan bersembunyi dalam semak untuk melancarkan serangan Tyrant’s Revenge untuk menyekat serangan musuh selama 1.1 saat. Ia juga memberi ruang kepada rakan-rakan sepasukannya untuk membunuh pihak lawan.

Pada peringkat pertengahan pusingan Saiyajinn dilihat sering berjalan sekali dengan Muhammad Firdaus Abdul Jamil (Rynn) dan Muhammad Zaim Amir Izat (Zaimsempoi) untuk melakukan kombo strategi trio yang baik apabila ketiga-tiga pemain itu menggunakan Khufra, Lancelot dan Pharsa.

Pada peringkat akhir pusingan, ia menjadi detik penting bagi Team SMG dan Red Reborn sama ada ia mampu berlarutan sehingga ke pusingan yang ketiga atau tidak.

Tidak mahu memberi ruang kepada Red Reborn untuk mencari rentak, Saiyajinn sentiasa bijak mencari kedudukan untuk menyerang pemain utama Red Reborn, Mal.

Pada minit ke-17, Saiyajinn berjaya menjumpai lokasi kedudukan Mal, lantas melancarkan Tyrant’s Revenge dan Bouncing Ball untuk menghentikan pergerakan Mal.

Informasi itu berjaya disampaikan kepada rakan-rakan SMG yang lain kerana tumpuan perlu diberikan untuk merapuhkan serangan Red Reborn dengan menjatuhkan Mal yang menggunakan Claude.

Pusingan itu dilanjutkan sehingga 10 minit yang berikutnya apabila kedua-dua pasukan enggan mengaku kalah. Namun tindakan lebih agresif dan berkeyakinan dari SMG membuahkan hasil terutama Saw Kee Loong (Loong) yang asak kali cuba mensasarkan Crystal pihak lawan sehingga roboh.

Perlawanan Team SMG menentang Red Reborn membuktikan kelancaran sesebuah pasukan itu bergantung kepada tulang belakang pasukan, iaitu tanker.

Saiyajinn juga membuktikan tanker bukan sekadar hero tersakiti, tetapi mampu memanipulasikan permainan yang memberi kelebihan kepada diri sendiri jika menjalankan peranan dengan baik.

Dalam pusingan itu juga, Saiyajinn juga diberi gelaran sebagai playmaker pasukan SMG dari kalangan pengulas e-sukan.

View this post on Instagram

The next Bapak Tanker Malaya? ⁣ ⁣ @aiqal_saiyajinn dan @teamsmgofficial kini dalam misi untuk memperbaiki ranking selepas tiga minggu berada di kedudukan tercorot. Tidak mahu berputus asa, mereka masih mempunyai dua lagi minggu untuk menebus kesilapan dan terus menuju ke puncak.⁣ ⁣ Ikuti WTM di platform media sosial kami: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #MPLMYSGS6 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports @mpl.mysg.official

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

MPL MYSG Musim Keenam akan kembali pada Jumaat ini untuk minggu yang kelima peringkat liga.

Liga terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 25 Oktober nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM415,000.

Tonton MPL MYSG secara langsung di Facebook Mobile Legends pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved