Connect with us

Mobile Legends

Sekys boleh jadi Kairi Malaysia – Jurulatih Arcadia

Published

on

Foto: MOONTON GAMES,

KETUA Jurulatih Yoodo Red Giants, Michael Angelo Bocado (Arcadia) menyifatkan anak buahnya, Sekys boleh menjadi Raja Jungler di Malaysia.

“Macam Arcadia cakap, Sekys boleh jadi Kairi Malaysia yang seterusnya. King of Jungler,” kata penganalisis pasukan itu Ozoraveki, dalam satu temu bual malam tadi.

Semalam Yoodo Red Giants menang 2-1 menentang muka baru MPL Indonesia, Dewa United.

Jelas Ozoraveki lagi, Sekys juga berlatih lebih 10 hero Assassins.

“Kalau ban hero Sekys pun tak akan habis sebab ada banyak,” katanya.

Dia juga berkata pihaknya bersedia menentang pasukan Kemboja, CFU Gaming hari ini.

“Selepas tengok mentaliti Sekys dan Gojes ketika ini, kami bersedia. Kami hormat CFU Gaming, tapi kami juga yakin dengna diri sendiri.

“Bukan pandang rendah,” tambah Ozoraveki

Yoodo Red Giants akan bertemu dengan CFU Gaming jam 8 malam nanti di Kejohanan ESL Snapdragon MLBB 2023.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved