Mobile Legends
MPL: “Takde masa Team Haq nak beli slot” – Gary

“Tiada masa kami mahu membeli slot.”
Itu kata pemain Jungler Team Haq, Muhammad Syafizan Najmi (Gary) berhubung satu reaksi berkaitan dengan pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-12 2-23.
Jelas Garu menerusi catatan Instagram Stories, dia berharap orang ramai menghentikan ura-ura yang menyatakan pasukannya membeli slot.
“Kami bermain dari pusingan pertama kelayakan.
“Barisan pemain masih sama. Nama je tukar.
“Berhentilah ‘palatao’ (berlagak pandai) dengan menyatakan kami membeli slot,” kata Gary dalam satu catatan Instagram Story.
Sebelum ini, Gary dan Team Haq, perlu melalui peringkat kelayakan selepas menduduki kedudukan dua terbawah pada peringkat musim liga MPL MY S11 yang lalu.
Nama Team Haq mula meningkat naik dalam arena MLBB sejak 2022 apabila muncul sebagai juara MPL MY S10 yang lalu.