Mobile Legends
MPL S12: 1 lagi pemain import akan sertai Homebois

KUALA LUMPUR – Pemain yang pernah menjuarai Liga Pembangunan Indonesia ( MDL ID) Musim Ke-4 2021, Wahyu Saputra (RaizeL) sah akan menyertai Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia) Musim Ke-12 2023 menerusi pasukan Homebois.
Pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata RaizeL akan menyertai pasukannya sebagai status pemain pinjaman.
Jelasnya lagi, khidmat RaizeL yang bermain sebagai pemain Gold Laner itu akan dipinjamkan selama satu musim atau kira-kira enam bulan.
RaizeL yang bermula dari peringkat MDL sejak Musim Kedua 2020, baru sahaja menyertai peringkat MPL bersama skuad utama Alter Ego pada MPL Indonesia Musim Ke-11 yang lalu.
Pada peringkat liga tersebut, Alter Ego menduduki tempat ketiga pada peringkat pusingan kalah mati.