Connect with us

Mobile Legends

Akhirnya, China akan sertai M5?

Published

on

Foto: MLBB Esports

KEJUARAAN Dunia MLBB pada tahun ini (M5) telah memperkenal satu lagi fasa saringan baru yang dikenali sebagai “M5 Wild Card”.

Ia memberi ruang kepada beberapa rantau negara untuk merebut slot penting ke peringkat utama M5.

China dilihat mempunyai potensi untuk menyertai Fasa Wild Card M5 memandangkan Mobile Legends versi negara tersebut iaitu Juéshèng diānfēng / The Pinnacle of Decisive Victory telah menerima kelulusan daripada pihak Pentadbiran Penerbitan dan Media Kebangsaan China.

Permainan itu menerima kelulusan itu ada 23 March 2023.

Sebelum ini MLBB Esports ada mengumumkan beberapa negara dan rantau yang akan menyertai peringkat Wild Card itu termasuklah:
– Naib Juara MPL Malaysia
– Juara MLBB Champion Battles Bangaladesh dan Nepal
– Juara Wildcard Kebangsaaan Mongolia
– Juara Rantau Mekong (Vietnam, Thailand, Laos dan Brunei)
– Tempat ketiga Liga LATAM (Latin Amerika; Brazil, Peru, Bolivia, Latin Amerika Utara, Latin Amerika Selatan)
– Tempat Kedua Kejohanan EECA Continental (Eropah, Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka)

Namun begitu masih ada lagi dua rantau atau kejohanan yang diumumkan setakat ini.

Lapan pesaing bagi saringan Wild Card itu akan berebut 2 slot penting ke kejohanan dunia M5, yang akan berlangsung di Manila, Filipina pada Februari.

Saingan peringkat Wild Card pula dijangka akan bermula November, walaupun lokasi kejohanan masih belum diumumkan setakat ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved