Mobile Legends
Red Giants shopping sakan, tambah 1 lagi pemain import

SELEPAS kehadiran jurulatih dan pemain import, kali ini pasukan e-sukan bola sepak Selangor FC itu menambah lagi satu pemain dari Filipina iaitu Rookies Archie Guevarra (Pancake).
Pancake merupakan bekas pemain ONIC Arsenals iaitu cawangan pasukan akademi atau Tier Kedua dari ONIC Filipina.
ONIC Arsenal merupakan sebahagian daripada pasukan yang menyertai Liga Pembangunan Mobile Legends (MDL) Filipina.
Sebelum dipindahkan ke ONIC Arsenal, Pancake juga pernah berkhidmat untuk ONIC Filipina pada MPL Filipina Musim Ke-11 2023.
Pada awal bulan lalu, bekas ketua jurulatih pasukan nombor 3 dunia, Michael Angelo Bocado (Arcadia) sah menyertai Yoodo Red Giants.
Jurulatih Filipina itu sebelum ini berkhidmat untuk gergasi Indonesia, RRQ Hoshi dan berjaya membantu pasukan itu untuk meraih kedudukan tiga terbaik dalam Kejuaraan Dunia Mobile Legends yang Keempat (M4) 2023.
Sebelum bekerja dengan pasukan Raja segala Raja itu, Arcadia menjadi jurulatih untuk pasukan tanah airnya, iaitu ECHO, Aura PH dan Sunspark.
Beberapa minggu kemudian, Yoodo Red Giants turut mengumumkan penyertaan pemain import dari Blacklist International iaitu Super Red sebagai status pinjaman.