Connect with us

Mobile Legends

Albertt sah sertai ONIC, Kairi dan Coach Yeb juga kekal

Published

on

Foto: @onic.esports

MAKA betullah pokok bergoyang kerana khabar angin. Bekas pemain utama RRQ Hoshi, Alberttt kini sah menyarung jersi baru di MPL Indonesia akan datang iaitu bersama landak kuning ONIC.

Perkara itu diumumkan ONIC sendiri dalam satu kenyataan seketika tadi.

“Selamat datang, bestie! ONIC Alberttt adalah benar.

“Mari kita bertarung bersama untuk MPL Indonesia Musim Ke-12 nanti,” kata ONIC.

Sebelum ini Alberttt disahkan keluar dari gergasi Indonesia, RRQ, pada minggu lalu.

Sepanjang berkhidmat dengan RRQ sejak Musim Ke-6 sehingga Musim ke-11 MPL Indonesia, Albert membantu RRQ Hoshi menjadi juara pada Musim Ke-6 dan Musim Ke-9.

Sementara itu, jurulatih Filipina, Coach Yeb juga serta pemain import Kairi juga disahkan akan kekal bersama ONIC menerusi satu video pengumuman yang dimuatnaik di YouTube.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved