Mobile Legends
MPL S12: Kemasukan Arcadia adalah rancangan Ozoraveki

Apa peranan baru Ozoraveki nanti?
Dalam satu pengumuman pasukan e-sukan Yoodo Red Giants (YRG) semalam menyatakan, kemasukan bekas ketua jurulatih pasukan nombor 3 dunia, Michael Angelo Bocado (Arcadia) adalah sebahagian daripada rancangan Ozoraveki.
Menurut Ozoraveki, dia perlu melakukan perubahan untuk pasukannya.
“Ia sekaligus memberi peluang kepada pemain dan saya untuk menimba pengalaman berharga dari individu yang paling dihormati (Arcadia).
“Kini saya tekad untuk menggalas tugas baru bagi pasukan,”kata Ozoraveki dalam kenyatan yang sama.
YRG sebelum ini kedudukan keenam terbaik dalam MPL Malaysia Musim Kesebelas 2023 yang lalu.
Pasukan itu berjaya mara ke peringkat musim liga selepas berjaya melepasi peringkat kelayakan.
Jelas Ozoraveki lagi, kemasukan Arcadia juga adalah untuk memperkuatkan YRG untuk menjadi pencabar utama dalam Liga Profesional Malaysia (MPL MY) pada musim depan.
Pada semalam, YRG mengumumkan kemasukan jurulatih Filipina, Arcadia ke divisyen e-sukan kelab bola sepak Selangor itu.
Jurulatih Filipina itu sebelum ini berkhidmat untuk gergasi Indonesia, RRQ Hoshi dan berjaya membantu pasukan itu untuk meraih kedudukan tiga terbaik dalam Kejuaraan Dunia Mobile Legends yang Keempat (M4) 2023.
Arcadia juga pernah melatih pasukan Aura PH (kini dikenali sebagai Echo) selama empat musim dan melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia seperti Sanji dan Sanford.
Sementara itu, Ozoraveki sebelum ini menggalas tugas sebagai penganalisis negara bagi skuad MLBB Malaysia di Sukan SEA Phnom Penh Kemboja 2023. Dalam temasya sukan dwitahunan itu, Ozoraveki berjaya menyumbangkan Perak untuk negara.
Sebelum menjadi barisan jurulatih dan analisis, Ozoraveki merupakan pemain e-sukan League of Legends, Wild Rift dan juga Mobile Legends.
Ozoraveki pernah menjuarai Kejohanan League of Legends Hyperplay Asia Tenggara 2018 bersama pasukannya, KL Hunters.