Connect with us

PUBG Mobile

Sejuk hati bila toxic minta maaf – Kakak Oliyo

Published

on

Foto: PUBG Mobile

“KATA-KATA sesetengah warganet (netizen) yang memaki adik saya sehingga melibatkan mak dan arwah ayah kami, buat saya rasa sedih dengan perangai budak-budak zaman sekarang.

Itu luahan Ruzana Amran yang merupakan kakak kepada pemain profesional PUBG Mobile untuk pasukan Jentera Pejuang Negeri Sembilan Esports Association (JP NSEA), Azli Amran (Oliyo).

BACA: NSEA nafi terikat dengan mana-mana organisasi selain Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Ruzana berkata dia kecewa dengan tindakan warganet yang memaki adiknya itu sehingga melibatkan kedua-dua ibu bapanya.

Jelasnya, PUBG Mobile hanya permainan dunia yang sementara dan jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pemain, cukuplah sekadar menasihati, bukan sampai menghina.

“Ini hanya permainan. Kalau betul pun ada salah di mata anda, cukuplah sekadar menasihati bukan memaki,” katanya kepada WTM Today.

Namun Ruzana dalam satu ruangan komen di Instagram WTM Today berkata dia juga mula berasa sejuk hati apabila ada dalam kalangan warganet yang toxic (meluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan) mula memohon maaf.

Baru-baru ini, WTM Today ada berkongsikan beberapa syot layar kiriman daripada warganet yang memohon maaf kerana menyebarkan berita palsu, menaburkan fitnah terhadap beberapa pasukan PUBG Mobile yang bertanding di PMPL MYSG S3 termasuk JP NSEA.

“Alhamdulillah sejuk sikit hati sikit bila baca kenyataan yang macam ini.

“Sekurang-kurangnya, tidaklah saya sebagai wakil dari keluarga pasukan yang dikecam berasa kecewa dengan kata-kata kesat dari sesetangah warganet,” katanya.

Kecoh dalam kalangan komuniti PUBG Mobile tempatan baru-baru ini adalah mengenai tindakan JP NSEA ‘menembak’ (dalam permainan) dua pemain Team Secret di pusingan terakhir Super Weekend 3.

Insiden itu telah dilihat telah menimbulkan beberapa tuduhan liar dalam kalangan komuniti.

JP NSEA merupakan satu-satunya pasukan PMCO 2021 yang berjaya melayakkan diri ke Super Weekend PMPL MYSG S3 sebanyak tiga kali berturut-turut dan berada dalam kelompok 10 terbaik liga dengan kutipan 228 mata secara keseluruhan.

Menerusi prestasi itu, JP NSEA berjaya mara ke Grand Final PMPL MYSG S3 yang akan berlangsung pada 23-25 April nanti.

Pada peringkat Grand Final nanti, dua slot untuk mewakili Malaysia ke Peringkat Akhir PMPL Asia Tenggara (SEA Final) bakal jadi rebutan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved