Connect with us

PUBG Mobile

Bila Ikan yang pasang umpan

Published

on

Foto: Moonton / MPL MY S7

HERO mage Luo Yi mempunyai satu skil Diversion yang mampu mengeluarkan satu portal atau jarak rentas (teleport) yang mampu menghantar rakan-rakan hero terdekat ke lokasi yang diinginkan (dengan jarak tertentu) di Land of Dawn.

Kebiasaannya skil ini digunakan untuk melakukan serangan hendap atau membuka ‘map‘ terhadap pihak lawan.

Walau bagaimanapun, skil Diversion Luo Yi yang digunakan pemain Todak, Moon kali ini dilihat lain daripada yang lain apabila digunakan untuk menyerang bahagian belakang musuh dan mengawal ‘control fight‘.

Penggunaan skil itu boleh dilihat pada minit ketiga dalam perlawanan antara Todak dan RSG MY yang berlangsung semalam dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPLMY S7) 2021.

Dalam perlawanan itu juga menyaksikan kedua-dua Todak dan RSG MY menunjukkan satu persaingan yang baik walaupun Todak menang 2-0.

Namun begitu, kemenangan itu ditentukan dengan siapa yang mampu mengambil kesempatan terhadap kesilapan musuh dengan cepat.

Todak juga mengetahui pemain RSG MY, Loleaz yang mempunyai kepakaran dalam mencari objektif. Lantaran itu, Todak menghantar Momo untuk ‘babysit‘ (menjaga) dan meantau pergerakan Loleaz.

Pada perlawanan kedua pula, penggunaan hero Benedetta dari pemain Todak, 4MEYZ juga seperti ‘Tiada Maaf Bagimu’ sehingga mampu membenam meta (strategi) hero support ketika ini.

4MEYZ juga dilihat tidak memberi ruang kepada dua hero damage dealer RSG MY iaitu Claude dan Kagura untuk melakukan serangan.

Dalam perlawanan kurang 15 minit itu, 4MEYZ berjaya mengunci pergerakan kedua-dua hero itu dengan sangat baik.

Tindakan berisiko tinggi tapi memberi keputusan yang memberangsangkan itu menjadikan 4MEYZ sebagai pemain terbaik bagi perlawanan kedua antara Todak dan RSG MY itu.

Sementara itu, kehadiran pemain baru Todak, Moyyy pada minggu keenam juga wajar dipuji apabila menggunakan Jawhead yang sangat baik.

Beberapa kali skil Ejector Jawhead digunapakai dan berjaya menangkap musuh.

Menurut Ciku dalam satu satu temu bual MPL MY S7, Moyyy sepatutnya boleh bermain pada minggu keempat. Namun disebabkan beberapa kesulitan, Moyyy hanya mampu beraksi pada minggu ini.

Todak ketika ini masih lagi mengungguli ranking pertama kumpulan A dengan catatan rekod kemenangan perlawanan 6-3.

Pasukan itu bakal bertemu dengan jaguh Kumpulan B, SUHAZ EVOS pada Ahad nanti.

MPL S7 telah bermula sejak 12 Mac lalu dan disertai 10 pasukan Mobile Legends terbaik tanah air.

Anda boleh melihat jadual penuh perlawanan di sini.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Saksikan secara langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 2 petang di Facebook atau YouTube Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved