Connect with us

Mobile Legends

“Sebab esok ‘exam’ bah”

Published

on

ISAAC: Ibu saya membenarkan saya untuk menghadiri sesi penggambaran ini tapi kena bawa buku. Itu syaratnya. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

PETALING JAYA – Pemain kompetitif Mobile Legends Bang: Bang (MLBB) bagi pasukan Sabah Top Player (STOP) Isaac Chang How Vun tetap komited mengulangkaji pelajaran meskipun perlu menghadiri satu sesi penggambaran bersama pihak produksi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) di sebuah lokasi di Damansara baru-baru ini.

Menurut Isaac atau senang dikenali sebagai Proler dalam arena e-sukan MLBB, dia berjanji dengan ibunya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan di sekolahnya esok.

“Ibu saya membenarkan saya untuk menghadiri sesi penggambaran ini tapi kena bawa buku. Itu syaratnya.

“Sepanjang berada berada di sini, saya pastikan saya meluangkan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga jam sehari untuk belajar.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada ibu saya kerana benarkan saya untuk ke sini dan tidak risau mengenai peperiksaan saya pada Isnin nanti,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama What’s The Meta di sini, semalam.

Baru-baru ini, Proler mendapat perhatian warganet apabila dia membawa buku teks sekolahnya untuk mengulangkaji pelajaran sementara menunggu giliran pasukannya dalam satu sesi penggambaran MPL.

Ada yang memuji tindakan Proler yang dilihat bertanggungjawab dalam mengimbangi tugasan sebagai pelajar dalam bidang akademik dan tugasan sebagai pemain kompetitif dalam dunia e-sukan.

Dalam pasukan STOP, Proler berperanan sebagai solo laner dan pengguna hero fighter.

Proler yang masih berusia 14 tahun itu merupakan antara pemain muda berbakat besar dalam pasukan STOP, yang dipimpin pemain yang berpengalaman Mohd Azmi Dollen (Adz).

Pada 21 Julai lepas, STOP menewaskan pasukan Boss Pusher 2-1 pada peringkat kelayakan MPL dan berjaya mendapatkan slot dalam musim liga kali ini.

Selain Adz dan Proler, STOP terdiri daripada Jeremiah Jay (Peng2kz), Scott Erol Nathaniel Suhaimi James (xSlash) Hugo Tan Juin (Freedom) dan Clintend Nick James (Clinzyy).

Mereka bakal berentap dengan sembilan lagi pasukan profesional yang lain dalam MPL musim kali ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM414,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved