Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: “Saya sertai Bosskurr kerana harapan peminat” – Syno

Published

on

SYNO: Saya sertai Bosskurr pun kerana harapan peminat-peminat saya. Terima kasih kepada mereka yang selama ini menyokong saya. - Foto Facebook / Syno Gaming

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan handalan tanah air Mohamad Amir Afdhal Ruzlan (Syno) secara rasmi menyertai pasukan terkemuka Bosskurr Gaming (Bosskurr) bermula minggu lepas.

Menurut pengurus Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) Syno akan menyertai Bosskurr sebagai pemain Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) untuk pasukan Lima Bosskurr.

Jelas Daddyhood, Syno juga telah membuat kemunculan pertama sebagai pemain kometitif bagi pasukan Lima Bosskurr dalam Liga MLBB Axis (AML) musim kedua baru-baru ini.

Syno kini bermain untuk pasukan kompetitif Lima Bosskurr – Foto Facebook / Team Bosskur

Sementara itu bagi Syno, menerusi penyertaannya dalam organisasi e-sukan tempatan itu, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sentiasa penyokong perjalanannya dalam arena e-sukan.

“Saya menyertai Bosskurr pun kerana harapan peminat-peminat saya. Terima kasih kepada mereka yang selama ini menyokong saya.

“Dengan kehadiran saya dalam keluarga Bosskurr ini, saya akan berusaha dan membantu mereka dari segi penstriman langsung atau dalam arena kompetitif MLBB,”kata Syno ketika dihubungi What’s The Meta.

Syno sebelum ini, bernaung di bawah pasukan ICON MY.

Pasukan itu ditubuhkan pada bersama pemain-pemain popular tanah air, Dzulhakkim ’Unta’ Abd Rashid, Mohamad Amir Afdhal ‘Syno’ Ruzlan, Muhammad Hilman Aufa ‘ComeToPapa’ Zulfahrizal dan Edmond ‘Error’ Yue.

Pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan dan ikutan MLBB tempatan.

Pada Liga Profesional (MPL) Musim Ketiga yang lalu, ICON meraih tempat ketujuh dan tidak berkesempatan untuk beraksi pada pusingan penentu (playoff).

Bagi anda yang ingin melihat atau memberi sokongan kepada Syno, boleh kunjungi Facebook Syno Gaming atau YouTube Syno.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved