Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Saya ingatkan peminat Malaysia ‘bias’ – EVOS Potato

Published

on

POTATO (kiri): Saya ingatkan peminat Malaysia pilih kasih. Rupanya tidak. Peminat di sini juga menghargai dan memberi sokongan kepada kami. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

DAMANSARA – Pemain kompetitif Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) pasukan Singapura EVOS SG Andrew Lim (Potato) tidak menjangkakan mereka mempunyai peminat dan mendapat sokongan dari kalangan penggiat e-sukan Malaysia.

Potato berkata dia memang bersyukur dan berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan kepada mereka.

“Saya ingatkan peminat Malaysia pilih kasih. Rupanya tidak. Peminat di sini juga menghargai dan memberi sokongan kepada kami.

“Walaupun kami pasukan dari Singapura, kami tidak menjangka akan meraih sokongan dari anda. Terima kasih,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama What’s The Meta baru-baru ini.

Sementara itu, kapten pasukan tersebut Wei Xing Robert (OhDeerBambi) turut merakamkan penghargaan kepada peminat di Malaysia atas sokongan yang diberikan sepanjang karier e-sukan mereka dalam arena MLBB.

Bagaimana pun OhDeerBambi memohon maaf kerana mengecewakan peminat EVOS SG pada musim kedua dan ketiga MPL. 

Jelasnya, dia berazam untuk memberikan yang terbaik pada musim kali ini.

“Maaf kerana kami tidak dapat menjadi juara pada musim kedua dan ketiga. Namun kami berharap kami sudah membuat anda rasa bangga dengan kami.

“Kami akan sentiasa berikan kejutan kepada anda dengan meta (strategi) baharu kami nanti,” katanya.

EVOS SG mempunyai misi yang sama pada MPL kali ini apabila pasukan itu perlu membenam ‘badi’ mereka yang hanya mampu meraih tempat kedua.

Pada musim kedua MPL, EVOS SG tewas 3-2 kepada pasukan Reborn dalam Grand Final dan mereka sekali lagi gagal untuk meraih tempat pertama pada musim ketiga selepas terpaksa akur kekalahan 3-1 kepada Geek Fam.

Meskipun dengan rekod dalam MPL itu, EVOS SG merupakan salah satu pasukan e-sukan Asia Tenggara yang tidak boleh dipandang remeh.

Prestasi mereka dilihat konsisten berbanding pasukan Singapura yang lain.

Antara pencapaian EVOS SG pada tahun ini termasuk meraih tempat kedua Clash of Champions Asia Tenggara pada Mei lalu. Mereka juga layak ke Piala Asia Tengara MLBB yang berlangsung pada Jun lepas.

Pasukan itu juga diletakkan harapan emas bagi kontinjen Singapura untuk acara MLBB dalam temasya Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina nanti.

Selain Potato dan OhDeerBambi, EVOS SG turut terdiri daripada Chong Ru Chyi (Soul), Rufus Goh Zhi En (kid) dan Akihiro Furusawa (JPL).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved