Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Video Soloz Bosskurr trending di YouTube

Published

on

Mohd Faris Zakaria (Soloz) yang merupakan pemain profesional Shopee Bosskurr turut aktif memuat naik video kandungan-kandungan berkaitan e-sukan dan permainan video di Facebook dan YouTube. - Foto YouTube / Lima Waktu

KUALA LUMPUR – Video milik pemain profesional Shopee Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz) yang menjelaskan teknik penggunakan hero Mobile Legends : Bang Bang, Guinevere, tular (trending) di YouTube ketika ini.

Video berdurasi 14 minit dan enam saat itu telah meraih 172,000 jumlah tontonan dan berada di carta nombor dua bahagian Gaming YouTube Malaysia.

Soloz yang memuat naik video itu pada Khamis lalu berkata dia bersyukur dengan sokongan penyokong-penyokongnya yang dilihat sebagai pembakar semangat baginya dalam menyediakan kandungan digital.

“Alhamdulillah, usaha keras saya berhasil. Tapi semua ni tidak akan terhasil tanpa ada penyokong yang sentiasa menyokong kandungan saya. 

“Merekalah penggerak dan pemberi semangat untuk saya terus menghasilkan kandungan yang baharu dan santai,”katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Video Tutorial Soloz kini berada di ranking kedua Gaming YouTube Malaysia

Dalam video itu Soloz juga berkongsikan apakah custom mage emblem yang sesuai untuk digunakan bagi hero Guinevere.

Jelas Soloz, Guinevere yang digunakannya menggunakan 3 mata Agility untuk menambah kelajuan pergerakan, 3 mata Observation untuk penembusan magik dan 1 mata Mystery Shop.

Sementara itu bagi penggunaan Spells, Soloz berkata ia terpulang kepada laluan yang dipilih pemain.

Jika pemain menggunakan laluan tengah (mid), dinasihatkan menggunakan Retribution. Manakala jika pemain menggunakan laluan atas atau laluan secara sendiri (solo lane) dinasihakan menggunakan Execute.

Bagi laluan bawah pula (bottom lane), terpulang kepada pemain untuk menggunakan mana-mana spells yang ada seperi Purify, Aegis atau Execute.

Soloz ketika ini mempunyai 209,165 langganan (subscribers) ketika ini di YouTube.

Pada Julai lalu, Soloz mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih untuk memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia.

Soloz juga bakal bertindak sebagai kapten Shopee Bosskurr dalam Liga Profesional MPL Musim Keempat.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved