Connect with us

Mobile Legends

AirAsia Saiyan kini dikenali sebagai AirAsia Impact, umum barisan pemain baharu MLBB

Published

on

Barisan baharu pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) AirAsia Impact terdiri daripada Muhammad Hazeeq Abd Rahman(Awaken), Kong Jihan(SUMO), Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) dan Amir Aras(ILLUSION). - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SEPANG – Pasukan e-sukan profesional AirAsia Esports, AirAsia Saiyan kini dijenamakan semula sebagai sebagai AirAsia Impact mulai hari ini.

Dalam satu sidang media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Esports dan AirAsia Impact, Allan Phang berkata penjenamaan semula itu adalah seiring dengan barisan baharu pemain dan pengurusan pasukan itu yang turut diumumkan hari ini.

Jelasnya, pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) AirAsia Impact terdiri daripada Muhammad Hazeeq Abd Rahman(Awaken), Kong Jihan(SUMO), Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) dan Amir Aras(ILLUSION).

“Kami bersyukur dan rasa rendah diri diberi kepercayaan daripada pengasas bersama AirAsia untuk membangunkan projek e-sukan ini.

“Penjenamaan semula AirAsia Impact adalah untuk memberi fokus kepada memberi impak positif kepada komuniti dan mendidik masyarakat umum mengenai e-sukan.

“Kami mungkin antara yang pertama pasukan e-sukan di Malaysia yang menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan keselamatan sosial dan insuran untuk atlet e-sukan,” kata Allan.

Sementara itu di bahagian pengurusan, Gabriel Chan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) dan pengasas bersama AirAsia Impact yang ditugaskan untuk menyelia bahagian operasi secara harian dan melaksanakan rancangan perkembangan syarikat.

Selain itu, Allan berkata pemain-pemain AirAsia Impact turut disediakan satu tempat latihan khusus untuk mereka berlatih (gaming house) di Kuala Lumpur yang mempunyai akses ke gimnasium bagi latihan fizikal.

Allan juga berkata pihaknya akan meneroka empat asas tonggak utama inisiatif AirAsia Impact, iaitu: 

  • Pengurusan Pasukan (dimulakan dengan MLBB, dan e-sukan lain seperti PUBG Mobile)
  • Pengurusan pempengaruh mikro
  • Akademi E-sukan
  • Agensi Pemasaran E-sukan

“Kami percaya e-sukan adalah sebahagian daripada generasi digital untuk milienial dan generasi Z.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada komuniti e-sukan untuk sokongan tanpa henti sebagai usaha kami untuk membangunkan semula pasukan kami,”katanya.

Perjalanan Air Asia Impact dalam e-sukan bermula sejak Mac 2018 apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan beliau pemilik menjadi pemilik majoriti pasukan MLBB Team Saiyan.

Ia kemudiannya dijenamakan sebagai AirAsia Saiyan (ASYN) dan telah menyertai pelbagai kejohanan termasuk Liga Profesional (MPL) dan Piala Asia Tenggara (MSC).

Namun pada November 2018, AirAsia Saiyan (ASYN) secara rasmi telah menggugurkan enam pemain utama pasukan tersebut , Ahmad Fuad Alili (Fredo), Mohd Farid Zakaria (Soloz), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Andi Alfian Firman (Gripex), Sofian Sultan (Penjahat), Herwin Baharuddin (Rush) daripada barisan utama pasukan.


Mobile Legends

MPL: Ciku minta untuk bermain hari ini, lawan EVOS SG

Published

on

PEMAIN terbaik minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim Keenam, Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku) memohon untuk bermain pada hari ini, kata Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto).

Ikuto berkata permohonan Ciku hanya dalam peringkat pertimbangan pengurusan Todak memandangkan kesihatan pemain itu menjadi keutamaan.

“Ciku memohon untuk bermain pada hari ini. Namun saya masih risau mengenai keadaan kesihatannya.

“Ciku mengalami asma yang agak kritikal pada minggu lalu.

“Berikutan insiden yang berlaku sebelum ini, saya telah melaksanakan beberapa peraturan-peraturan baru di kediaman pemain untuk elak perkara yang sama berlaku lagi,” kata Ikuto ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Pada minggu lalu, Ciku dikejarkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya yang tidak baik.

Berikutan keadaan kesihatannya itu, difahamkan Ciku akan direhatkan untuk bermain menentang EVOS SG dalam perlawanan minggu ke-4 MPL pada jam 4.30 petang nanti.

Sementara itu, Ikuto juga menolak tomahan-tomahan warganet yang menyatakan keadaan Ciku itu disebabkan gaya hidup tidak sihat sebagai pemain Todak.

“Ramai yang menyatakan mereka asyik makan makanan segera dan tidak melakukan senaman. Saya menjamin kepada pada, mereka makan makanan sihat.

“Kami ada chef yang akan masak untuk pemain-pemain, jadual latihan dan jadual melakukan senaman.

“Selain itu, kami juga ada sesi personal individu sebanyak dua kali dalam sebulan,” tambah Ikuto.

Ikuto menyertai organisasi Todak pada awal bulan Ogos sebagai sebagai Pengurus Pembangunan E-Sukan.

Menurut Ikuto, peranannya tidak tertakluk untuk memastikan skuad Mobile Legends Todak sahaja berada di dalam kekuatan yang optimum.

Jelasnya, segala pengurusan mengenai skuad masih lagi dibawah pengurusan Mohd Syazlan Mohamad Rosdi (Ashi) dan jurulatih Nik Hafif Aiman Hazlan (Manity).

“Saya pula memantau pengurusan yang dilakukan dan membantu dalam membentuk struktur yang lebih baik,” katanya.

Perlawanan Todak menentang EVOS SG merupakan antara yang dinanti-nantikan apabila kedua-dua pasukan itu pernah bertemu pada Grand Final MPL Musim Keempat.

Tonton MPL secara langsung di Facebook Mobile Legends.

Continue Reading

Mobile Legends

Projek NEXT MLBB: Tiada lagi hero klasik tersakiti, Eudora, Zilong, Miya bawa kuasa sakti ke Land of Dawn

Published

on

Foto: YouTube / Mobile Legends

E-SUKAN popular tanah air, Mobile Legends:Bang Bang (MLBB) sentiasa berusaha keras untuk mengemaskini semula hero-hero klasik sama ada melibatkan skill set yang baharu, cerita latar belakang yang baharu dan juga penampilan dalam permainan.

MLBB cuba membawa perubahan dan keyakinan itu menerusi sebuah video baru-baru ini yang diterbitkan di YouTube. Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 5.9 juta tontonan dan kini berada di ranking ke-20 bagi kategori Trending.

Dalam video trailer terbaru dari MLBB yang bertajuk ‘Beyond Legends | Project NEXT Cinematic Trailer | Mobile Legends: Bang Bangs’ menampilkan tiga hero legenda klasik utama iaitu Zilong, Eudora dan Miya.

Video berdurasi tiga minit 47 saat itu dimulakan dengan keadaan Zilong yang terdampar di sebuah kawasan gelap sambil memandang pancaran mukanya pada sebilah lembing.

Beberapa saat kemudian visual menunjukkan Eudora, seorang perantis ahli sihir dikelilingi beberapa orang berjubah dalam satu upacara ritual.

Seolah-olah sedang diseksa, Eudora tidak tahan dengan kesakitan, menitiskan air mata ke bumi.

Situasi kemudian beralih kepada Miya yang mahu melakukan sesuatu mengenai peperangan tanpa henti di Land of Dawn.

Miya seperti kehilangan harapan untuk menghentikan peperangan itu tetapi dia masih berhasrat untuk melakukan perubahan.

Hasrat Miya untuk menjadi Dewa Bulan dimakbulkan apabila dia dikurniakan busur panjang dengan kuasa sakti.

Cuba mengagalkan upacara ritual Miya, satu makhluk orc dilihat melepaskan panahan berapi ke arahnya.

Hero yang sinonim dengan kata-kata Nothing Last Forever, We Can Change The Future Alucard datang membantu Miya mematahkan serangan orc itu. Alucard kembali ke Land of Dawn, bertempur dengan askar-askar orc yang diketuai Balmond.

Tumpuan video ini diberikan kepada Eudora, Miya dan Zilong yang dilihat mahu melakukan keajaiban sendiri setelah diasak dan dibelasah secara bertubi-tubi.

Beyond Legends

Video ini juga diselitkan muzik yang berkonsepkan “Beyond Legends”, yang mempunyai lirik berinspirasikan semangat setiap hero itu.

Lagu tersebut sangat berbeza berbanding lagu Party Legends yang pernah diterbitkan MLBB sebelum ini.

Video ini juga membuktikan yang MLBB sememangnya mahu memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan kandungan penceritaan yang lebih mendalam, disertai dengan grafik berkualiti tinggi.

Logo Baharu MLBB
Beberapa hari sebelum video trailer ni dilancarkan, MLBB turut melancarkan logo baharu yang memberi petanda bahawa e-sukan itu akan memasuki era baharu dengan cita-cita serta kualiti yang lebih baik untuk pengguna.

Selepas kejayaan MLBB 2.0 pada 2019, e-sukan itu dilihat optimis dengan pelancaran Projek NEXT yang akan bermula pada 22 September nanti.

Continue Reading

Mobile Legends

Konflik RRQ-Xin: “Saya pilih untuk diam, terima fitnah untuk selamatkan karier pemain” – CEO

Published

on

Foto: YouTube / RRQ

ADA dua pilihan dalam tangan Ketua Pegawai Eksekutif RRQ, Andrian Pauline (AP) bagi menjawab spekulasi mengenai ketiadaan pemain skuad Mobile Legends RRQ Hoshi, Yesaya Omega Armando Wowiling (Xin) pada minggu kelima Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia Musim Keenam, iaitu membuka cerita sebenar kepada orang awam atau berdiam diri.

Menurut AP, beliau memilih untuk berdiam diri dan menyelamatkan karier seorang pemain walaupun nama RRQ ketika ini diserang dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Saya ada dua pilihan iaitu menceritakan hal sebenar kepada orang ramai. Impaknya adalah kehancuran karier seorang pemain dan warganet (netizen) akan berhenti menyerang RRQ.

“Pilihan kedua adalah berdiam diri sahaja dan menerima semua tuduhan yang sebenarnya menyakitkan. Banyak fitnah yang menyatakan seolah-olah RRQ menzalimi pemain sendiri. Namun pilihan kedua ini akan menyelamatkan karier seorang pemain, meski nama RRQ tercalar.

“Silalah menyerang saya tapi setelah selesai, sudahlah ya. Kita fokus menikmatik e-sukan lagi,” katanya dalam satu komen berbalas di sebuah post video Instagram @emak_moba pada semalam.

Dalam post video tersebut memperlihatkan Xinn menjelaskan dari perpesktifnya kenapa dia tidak bermain dalam MPL Indonesia ketika ini.

Xin turut meninggalkan dalam komen dalam post yang sama. Menurutnya, dia telah meminta untuk berehat sebelum MPL bermula.

“Masalahnya pada minggu pertama, saya bermain dan saya berjanji pada minggu kelima untuk bermain lagi kerana saya ingin membantu pasukan saya sendiri.

“Bagi mereka yang mahu menghina saya, silakan. Namun apa yang ingin disampaikan adalah, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada pasukan saya,” kata Xin.

Pada 11 September lalu, AP pernah menjelaskan tiada pengumuman rasmi dari RRQ yang menyatakan Xin akan bermain pada minggu kelima.

Jelasnya, keputusan untuk membenarkan seseorang pemain itu beraksi itu adalah dari pihak pengurusan dan jurulatih.

“Kami tidak pernah mengumumkan Xin akan bermain kerana keputusan bukan ditangannya, tapi jurulatih dan RRQ.

“Bagi yang bertanya, Xin tidak akan bermain sehingga tamat musim keenam MPL atas sebab urusan dalaman yang tidak boleh kongsikan,” kata AP dalam satu video RRQ yang dimuat naik pada 11 September lalu.

Menurut AP, Xin masih bersama RRQ dan mempunyai kontrak untuk tempoh beberapa tahun.

AP berkata Xin akan dibenarkan untuk bermain selepas tamat musim keenam.

“Ini adalah keputusan yang berat dari kami tapi kalau mahu ke pusingan penentu, kami kena berjuang,” katanya.

Sementara itu, dia juga menegaskan kepentingan pasukan lebih dititikberatkan dari kepentingan peribadi.

RRQ kini berada di tangga kelima secara keseluruhan dalam MPL Indonesia Musim Keenam.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved