Connect with us

Mobile Legends

Kami berharap dapat banggakan nama Malaysia – Laphel

Published

on

Laphel (berdiri) juga merupakan penganalisis bagi pasukan terkemuka tanah air, Shopee Bosskurr - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Terpilih sebagai jurulatih bagi skuad Mobile Legends : Bang Bang tanah air ke temasya Sukan SEA 2019 memang satu penghormatan yang besar kata Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel).

Laphel berkata pemilihan sebagai jurulatih itu juga dilihat sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul dengan baik.

Jelasnya, dia dan anak-anak buahnya berhasrat untuk memberikan yang terbaik dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

“Pemilihan sebagai sebagai jurulatih ini memang dapat dirasai tekanannya dan ia satu tanggungjawab yang besar.

“Sukan SEA merupakan satu platform yang dapat mengubah perspektif rakyat Malaysia mengenai e-sukan.

“Jika kami dapat lakukan dengan baik dan banggakan nama malaysia, ia akan memberi masa depan yang cerah dalam e-sukan Malaysia,”kata Laphel ketika dihubungi What’s The Meta susulan pengumuman rasmi pemilihan jurulatih-jurulatih bagi pasukan e-sukan ke Sukan SEA hari ini.

BACA: Penganalisis Bosskurr, Laphel jadi pengulas MPL

Dalam satu sidang media pada tengah hari tadi di Menara KBS, Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim (MasterRamen) mengumumkan barisan jurulatih yang akan membantu latihan atlet-atlet berkenaan.

Barisan jurulatih itu akan diketuai Ahmad Syazwan Anuar , dan akan dibantu Goh Wee Thean (Arena of Valor), Yap Chee Loong (Dota 2), Laphel (MLBB) dan Ahmad Tarmizi Fozi (Tekken 7).

Sementara itu, pemilihan jurulatih bagi kategori Hearthstone dan Starcraft II akan diumumkan kelak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved