Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: “Kalau boleh kita memang nak SaSa…”

Published

on

Pada Kejohanan Piala Asia Tenggara 2019 yang berlangsung Jun lalu, SaSa dan ONIC Esports muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM281,000. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Hasrat bagi peminat Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) tanah air untuk melihat pemain profesional Lu Khai Bean (SaSa) untuk beraksi di temasya Sukan SEA 2019 mungkin tidak kesampaian.

Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim (MasterRamen) berkata senarai pemain untuk ke kejohanan antarabangsa itu telah pun dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kalau boleh memang kita mahu SaSa. Cuma kita sudah ada senarai pemain dan untuk kita tambah namanya mungkin agak terlewat sebab ada garis masa (untuk pemberian nama) yang telah ditetapkan MOM.

“Kalau tiba-tiba masukkan nama SaSa mungkin akan menjadi satu masalah juga.

“Tapi saya akan cuba juga tanya MOM, kalau kita masih boleh tambah namanya,” kata MasterRamen.

SaSa kini bermain untuk pasukan e-sukan MLBB nombor satu di Asia Tenggara iaitu ONIC Esports yang berpangkalan di Indonesia.

Pada Kejohanan Piala Asia Tenggara 2019 yang berlangsung Jun lalu, SaSa dan ONIC Esports muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM281,000.

Pada Grand Final yang berlangsung di Manila itu, Sasa turut dipilih sebagai Pemain Terbaik.

Bermula dengan MyA, kini bersama Onic Esports

[VIDEO] Kehebatan pemain kelahiran Ipoh, Perak, SaSa yang kini bermain untuk pasukan 🇮🇩, ONIC E-Sports memang tiada tandingannya sehingga membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik (MVP) Piala Asia Tenggara. Kita imbas kembali bagaimana SaSa mula-mula sertai dunia kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. 🎙: Liputan What’s The Meta sempena Piala Asia Tenggara MLBB ini dibawakan oleh AirAsia, Rhino Southeast Asia dan Lima Waktu Store. #DareToDream #LeadingThePack #WTMnews #IniEsukanKita #MSC2019

Posted by WTM Today on Monday, 24 June 2019

Sementara itu MasterRamen berkata, seorang ketua jurulatih bersama enam lagi jurulatih akan dilantik untuk membantu atlet-atlet e-sukan yang akan bertanding ke kejohanan dwitahunan itu.

Jelasnya lagi, peranan jurulatih itu akan memilih atlet-atlet e-sukan yang layak untuk mewakili negara menerusi proses pemilhan yang akan berlangsung pada 1 sehingga 15 Ogos nanti.

“Pada 15 Ogos nanti kami akan memberikan senarai pendek atlet iaitu daripada 59 orang kepada 21 orang. 

“Tetapi dalam taklimat seketika tadi, mereka juga mahu meminta jika boleh menambah pemain tambahan,” katanya kepada What’s The Meta ketika ditemui di Pantheon selepas tamat pemberian taklimat kepada atlet-atlet e-sukan ke Sukan SEA.

Selepas pemilihan itu telah dilakukan, MasterRamen berkata atlet-atlet yang terpilih akan memulakan sesi bootcamp pada 1 September nanti dan setiap daripada mereka perlu berlatih sekurang-kurangnya 48 jam sebulan.

Taklimat itu bertujuan untuk memberikan beberapa penjelasan mengenai hal kontrak, perkhidmatan jurulatih dan modul latihan yang berkaitan dengan persiapan ke Sukan SEA 2019.

Sebanyak enam acara e-sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2019, iaitu: 

  • Dota 2
  • Starcraft II
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Arena of Valor
  • Tekken 7
  • Hearthstone

Sukan SEA 2019 dijangka berlangsung pada November sehingga Disember nanti di Manila, Filipina.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved