Connect with us

Mobile Legends

SCG 2020: Team Bosskurr menang 2-1 di Grand Final Mobile Legends

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends popular tanah air, Team Bosskurr muncul sebagai juara Kejohanan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020 (SCG 2020)selepas menewaskan pasukan Geek Fam pada Grand Final 2-1.

Menerusi kemenangan itu Team Bosskurr membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.

Team Bosskurr memulakan perjalanan peringkat perlawanan penentu SCG 2020 dengan baik apabila menewaskan musuh tradisi Ezzy Esports (MyA) pada pusingan pembukaan.

Team Bosskurr yang menukar barisan pemainnya untuk kejohanan itu turut menewaskan penyandang tempat ketiga kejohanan Dunia M1, Todak dalam perlawanan berikutnya.

Pada SCG 2020, barisan pemain Team Bosskurr adalah:

  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Amir Afdal (Syno)
  • Hazeem Onn (Scott)
.

Pada pusingan suku akhir, Team Bosskurr tewas 0-2 kepada Geek Fam dan memaksa mereka jatuh ke kumpulan bawah dan sekali lagi bertemu dengan pasukan Todak.

Kemasukan Scott dilihat memberi impak besar kepada persefahaman dan momentum Team Bosskurr apabila mereka sekali lagi memenangi perlawanan menetang Todak dengan mata 2-0.

Melangkah masuk dengan bergaya di Grand Final, Team Bosskurr sekali lagi bertemu dengan Geek Fam dan terus mengutip mata pertama dalam perlawanan Terbaik Dalam 3 (Best of 3).

Seolah-olah tidak mahu memberi jalan mudah kepada Team Bosskurr, Geek Fam memberi tentangan hebat sehingga perlawanan berlangsung lebih 30 minit.

Keputusan itu menyebabkan pertarungan diheretkan ke pusingan ketiga.

Pada pusingan ketiga yang berlangsung kira-kira 17 minit, Team Bosskurr dilihat sudah memahami rentak dan corak permainan Geek Fam. Penggunaan hero marksman dari Leixia juga dilihat semakin pedih dan semakin berkesan pada akhir perlawanan.

Meski kurang dua mata bunuh, Team Bosskurr berjaya membenam Geek Fam 2-1 pada Grand Final SCG 2020.

SCG 2020 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved