Connect with us

Mobile Legends

SCG 2020: Senarai 8 pasukan Mobile Legends layak ke playoff

Published

on

8 pasukan Mobile Legends yang akan beraksi pada pusingan penentu SCG 2020.

KUALA LUMPUR – Pusingan kelayakan Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah (SCG2020) bagi kategori Mobile Legends telah menemui penamatnya semalam.

Sebanyak empat pasukan telah layak ke pusingan penentu SCG 2020 yang akan berlangsung pada 10 pagi nanti. 

Pasukan-pasukan itu akan menyertai empat pasukan Liga Profesional (MPL) yang telah menerima jemputan terus sebelum ini iaitu Todak, Orange Esports, Reborn, Team Bosskurr dan Geek Fam.

Berikut adalah senarai penuh pasukan Mobile Legends yang layak ke peringkat pusingan penentu SCG 2020: 

  • Todak
  • Orange Esports Reborn
  • Team Bosskurr
  • Geek Fam
  • AD KINX
  • Publik Teragung
  • Lunatix Esports
  • Ezzy Esports

Grand Final Mobile Legends SCG 2020 akan disiarkan secara langsung di Facebook IO Esports. 

Berikut adalah braket perlawanan pusingan penentu SCG 2020:

Penonton juga berpeluang untuk menyumbangkan dana ke Tabung COVID-19 menerusi sumbangan stars dalam penstriman langsung itu.

SCG 2020 dibawakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ia juga dianjurkan Menteri Besar Selangor Incorporated dan IO Esports.

Pada edisi kali ini juga, portal e-sukan tempatan What’s The Meta Today menjadi rakan media bagi SCG 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved