Connect with us

Mobile Legends

MPL MY/SG kembali berlangsung pada 9 April

Published

on

KUALA LUMPUR – Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima akan kembali bersiaran pada 9 April ini.

Menurut penganjur perlawanan akan berlangsung pada 9 sehingga 12 April dan 16 sehingga 19 April nanti.

Jelasnya, perlawanan pada Khamis dan Jumaat akan bermula jam 7.30 malam manakala perlawanan pada Sabtu dan Ahad akan bermula jam 2 petang di Facebook Mobile Legends.

Pada 17 Mac lalu, MPL MY/SG musim kelima ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.

PKP itu dikeluarkan berikutan situasi terkini penularan wabak COVID-19.

Sementara itu Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei berkata pihaknya melakukan sedikit pertukaran dari segi bahagian operasi untuk memastikan liga itu dapat dijalankan seiring dengan PKP.

“Perlawanan yang dijalankan secara atas talian akan dipantau oleh petugas-petugas kami untuk memastikan integriti liga terjaga,” katanya.

MPL MY/SG merupakan liga utama Mobile Legends bagi Malaysia dan Singapura, yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM410,000.

Selepas beberapa minggu dijalankan, jaguh tanah air pasukan Geek Fam berada di ranking pertama ketika ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved