Connect with us

PUBG Mobile

“Saya tak nak pun RM3K tu, ini melibatkan maruah dan amanah.”

Published

on

PADA semalam, pihak PUBG Mobile Malaysia ada memuatnaik post dan menghantar satu kenyataan kepada media-media tempatan menerusi e-mel, mengenai seorang pengurus yang diharamkan sehingga 31 Disember 2022 kerana didakwa menggunakan hadiah wang kemenangan pasukan untuk kepentingan peribadi.

Pihak PUBG Mobile turut menamakan pengurus itu dalam kenyataan itu, iaitu Muhammad Hallaj Zulkefly (Aryei).

Walaubagaimanapun, Aryei ketika dihubungi WTM Today berkata posting berkenaan telah dipadamkan setelah PUBG Mobile selepas mengetahui hal itu sudah lama selesai.

Menurut Ayei, kes itu berlaku pada tahun lalu.

Posting itu tidak sampai sehari sebab bila pihak PUBG Mobile melakukan semakan semula iaitu mengetahui hal itu telah lama diselesaikan, mereka terus padam dan minta maaf.

“Tapi itulah, orang dah tengok (post itu), saya redha sahaja.

“Kalau kerana RM3,000 saya kena malu macam ni, tak berbaloi,” kata Aryei kepada WTM Today hari ini.

Menurut Aryei lagi, dia mengakui memang ada kelewatan daripada pihak pengurusan pasukan namun kesemua pemain telah menerima hak masing-masing.

“Ada hal kesulitan sedikit di pihak pengurusan, namun saya dah memaklumkan kepada pemain tentang perkara tersebut.

“Selepas itu, memang dah selesai urusan itu dan pemain telah dibayar hak masing-masing.

“Tiba-tiba naik terus di page PUBG Mobile nama penuh saya. Habis semua kawan-kawan dan keluarga saya hubungi saya. Segan saya. Ada yang ugut lagi. Ada yang cakap macam saya terdesak sangat nak duit. RM3,000 malu macam ni? Tak berbaloi.

“InsyaAllah saya masih ada iman dan akidah, masih tahu halal dan haram. Saya tahu pemain-pemain juga faham, tapi mereka pun pelik kenapa boleh jadi macam ni,”tambahnya.

Setakat ini, pihak PUBG Mobile masih belum menarik balik sebarang kenyataan yang dihantar kepada media-media sebelum ini. Selain WTM Today, emel tersebut juga telah dihantar kepada media-media utama di Malaysia pada semalam.

Pihak PUBG Mobile bagaimanapun telah memuatnaik satu lagi post pada malam tadi bagi mengesahkan Aryei masih diharamkan daripada menyertai kejohanan-kejohanan rasmi e-sukan itu sehingga akhir tahun hadapan.

https://www.facebook.com/PUBGMobileEsportsMalaysia/posts/346436950238758?__cft__[0]=AZV__lCvnfoSQwACQKwoh38t5i2VFb7_HS1-BDSzbAP5CCVituhCVPghQudhGHUd1ZnDLAAgu186qhs9thYWp3rwMU-KtAscnGTn6y-ZNh1Y6viJP6ZS3QGOL-GrAIr-eH8XaGcLewlyKWtjlDVUINM2&__tn__=%2CO%2CP-R

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved