Connect with us

PUBG Mobile

“Saya dah buktikan saya boleh buat, lepas ni anda pula!”

Published

on

"Malaysia Boleh, guys!" sahut Miss Farr (tengah) selepas selesai temu bual bersama pengacara dalam perlawanan PMCO hari ini. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PEMAIN kompetitif PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Malaysia, NorFarah Shahira Mohd Nizam menyeru lebih ramai pemain wanita yang mempunyai minat mendalam e-sukan untuk tidak berputus asa dan teruskan berlatih.

“Bagi pemain wanita di luar sana, teruskan sahaja berlatih.

“Kita memang tiada jurang dengan pemain lelaki, kita pun boleh buat.

“Saya sudah buktikan yang saya boleh buat, selepas ini anda pula!” kata NorFarah Shahira atau senang dikenali sebagai Miss Farr dalam arena e-sukan.

Dia berkata demikian ketika ditemu bual pengacara selepas tamat perlawanan hari keempat Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) hari ini.

Pada pusingan ke-enam dalam perlawanan tersebut, Miss Farr bersama pasukannya Junior Talent berjaya meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), sekali gus meletakkan mereka di kedudukan ke-sembilan dalam perlawanan hari ini.

Dalam temu bual yang sama, Miss Farr mengakui dia sedikit tertekan pada pusingan tersebut.

“Saya sudah tidak mampu untuk bercakap dengan ahli pasukan saya (dalam pusingan itu). Saya agak tertekan dan saya diam sahaja sepanjang pusingan tapi ia berbaloi.

“Saya agak berasa takut, sebab tinggal bulatan yang terakhir dan hanya ada dua pemain. Tapi kami tetap berjuang sehingga habisnya,” katanya.

Saat-saat sebelum Junior Talent meraih WWCD pada perlawanan hari ini. –
Foto YouTube / PUBG Mobile

Selain Junior Talent, satu lagi pasukan Malaysia Yoodo Gank turut meraih WWCD pada perlawanan hari ini.

Bagi ranking keseluruhan liga, Junior Talent berada di kedudukan ke-17 manakala Yoodo Gank berada di kedudukan k-11.

Sementara itu bagi tiga lagi pasukan Malaysia AROV Esports, Victorious In Play Squad, Team Secret, pula masing-masing berada di kedudukan ke-20, ke-21 dan ke-23.

PMCO Musim Bunga telah bermula sejak Rabu lalu yang menyaksikan pasukan-pasukan terbaik PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara merebut hadiah wang terkumpul RM107,980.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved