Connect with us

PUBG Mobile

Obot, Fredo terajui skuad PUBGM Bosskurr

Published

on

Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Zulfikar Kene (Obot) bakal terajui skuad PUBGM Bosskurr - Foto paparan video Lima Waktu

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Shopee Bosskurr Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan pemain e-sukan tempatan Zulfikar Kene (Obot) bakal menerajui skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) bagi organisasi Team Bosskurr.

Perkara itu diumumkan pengurus MLBB Shopee Bosskur, Nureddy Nursal (Daddy) dalam satu sesi soal jawab penstriman langsung pada semalam.

Menurut Daddy, keputusan itu dibuat berikutan corak permainan dan skil Fredo dalam PUBGM yang dilihat mempunyai nilainya yang tersendiri.

“Seperti yang anda semua tahu, corak permainan Fredo memang bukan biasa-biasa dan memang mantap.

“Fredo akan menerajui skuad PUBGM Bosskurr bersama Obot dan segala keputusan berkenaan skuad itu di bawah kuasa mereka.

“Siapakah pemain bagi PUBGM Bosskurr, Fredo dan Obot akan pilih,” kata Daddy dalam penstriman langsung menerusi Facebook Daddy Hood.

Sebelum ini, Fredo diumumkan akan berehat sebentar daripada arena kompetitif MLBB dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada e-sukan PUBGM.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Namun begitu, Fredo masih bersama Shopee Bosskurr untuk menyertai kejohanan-kejohanan utama MLBB seperti Liga Profesional (MPL), Piala Dunia dan Sukan SEA 2019.

“Kita tidak mahu pemain terlampau menanggung beban. Kita mahu mereka berjaya.

“Kita kena sokongan Fredo sepenuhnya, biar mereka pilih karier mereka. Jika dia nak PUBGM, kita berikan PUBGM.

“Tapi Fredo masih lagi ada dalam barisan skuad Shopee Bosskurr untuk Kejohanan Sukan SEA dan Piala Dunia nanti,” tambahnya.

Daddy juga menekankan, tiada siapa yang keluar daripada organisasi e-sukan Bosskurr.

“Tiada siapa yang keluar. Setiap daripada mereka mempunyai peranan yang perlu diperkukuhkan dalam Bosskurr,” jelas Daddy.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved