Connect with us

PUBG Mobile

PUBG: Giliran selebriti Caprice sertai e-sukan, tawar gaji RM3000-RM5000 untuk pemain

Published

on

Ariz Ramli atau senang dikenali sebagai Caprice berkata dia akan menubuhkan satu pasukan e-sukannya tersendiri dan bakal mengadakan pencarian uji bakat terbuka. - Foto Instagram / @caprice

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tanah air, Ariz Ramli mengumumkan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.

Ariz atau senang dikenali sebagai Caprice berkata dia akan menubuhkan satu pasukan e-sukannya tersendiri dan bakal mengadakan pencarian uji bakat terbuka.

“Sepatutnya saya mahu pindah pada bulan Ogos tapi saya membuat keputusan untuk melabur dalam e-sukan. 

“Saya akan tukarkan rumah pangsapuri ini kepada sebuah gaming house dengan pasukan e-sukan saya sendiri.

“Saya teruja untuk mengumumkan satu uji bakat terbuka akan diadakan dan saya mencari dua pemain PUBG Mobile dan dua PUBG Emulator,” kata Caprice dalam satu catatan Instagramnya hari ini.

Menurut Caprice, selain menawarkan gaji bulanan antara RM3000-RM5,000, pihaknya juga akan menyediakan perkhidmatan penjenamaan, pemasaran dan penajaan bagi pemain pasukannya.

“Kami akan menyediakan telefon pintar yang sesuai untuk bermain e-sukan, mungkin telefon pintar Razer dan kelengkapan komputer peribadi (PC Setup).

“Apa yang anda perlu buat adalah melakukan penstriman secara langsung (streaming) selama 4 jam di rumah gaming saya,” kata Caprice.

Bagi anda yang berminat untuk sertai pasukan Caprice, boleh menghantar maklumat berkenaan kepada nombor berikut, +6016 901 9035:

  1. Hantarkan markah tertinggi anda dalam PUBG
  2. Paparan-paparan (highlights) terbaik anda dalam PUBG
  3. Video 10 saat kenapa mahu sertai pasukan Caprice

“Mari sama-sama mencari Chicken Dinner dan menjana pendapatan,” kata Caprice.

Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved