PUBG Mobile
PUBG: Caprice mahu Fredo
KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tanah air, Ariz Ramli kini ‘memburu’ pemain kompetitif e-sukan tanah air, Ahmad Fuad Razali (Fredo) yang kini bermain untuk pasukan Shopee Bosskurr.
“Seseorang tolong beritahu Fredo yang saya sedang mencarinya dan saya ada tawaran yang dia tidak boleh tolak.
“Saya mahu Fredo dalam pasukan saya kerana saya suka makan ayam (Chicken Dinner, istilah dalam PUBG),” kata Ariz yang senang dikenali sebagai Caprice menerusi catatan Insta Story di Instagram peribadinya pada malam tadi.

Semalam Caprice mengumumkan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.
Menurut Caprice, dia mencari dua pemain PUBG Mobile dan dua pemain PUBG Emulator.
Jelas Caprice, pihaknya juga akan menyediakan perkhidmatan penjenamaan, pemasaran dan penajaan bagi pemain pasukannya.
BACA: Giliran selebriti Caprice sertai e-sukan, tawar gaji RM3000-RM5000 untuk pemain
Jumaat lalu, Fredo disahkan akan berehat untuk sementara waktu dari pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Shopee Bosskurr.
Menurut Pengurus MLBB Shopee Bosskur Daddy, Fredo akan memberi tumpuan kepada Bahagian PUBG Mobile organisasi Bosskurr dan akan mula menyertai kejohanan e-sukan tersebut secara kompetitif.
BACA: Obot, Fredo terajui skuad PUBGM Bosskurr
Selain Fredo, skuad PUBG Mobile Bosskurr turut akan diterajui pemain e-sukan tanah air, Zulfikar Kene (Obot).
Pingback: M’sian Rapper Caprice is Offering a RM5K Salary for PUBG Players Good Enough For His Team! – SimpleNews