Connect with us

PUBG Mobile

PUBG: “Selamat tinggal Junior Talent,” – Miss Farr

Published

on

Miss Farr (dua dari kiri) mengumumkan dia akan meninggalkan pasukan Junior Talent bermula hari ini. - Foto Facebook / Junior Talent

KUALA LUMPUR – “Kita bukan sekadar satu pasukan, anda seperti adik-beradik saya sendiri.”

Itu antara ucapan selamat tinggal bekas kapten PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) bagi pasukan Junior Talent, NorFarah Shahira atau senang dikenali sebagai Miss Farr.

Dalam satu kenyataan hari ini, Miss Farr mengumumkan dia akan meninggalkan pasukan itu bermula hari ini.

“Selamat tinggal Junior Talent. Memang satu pengalaman yang berharga untuk saya.

“Setiap memori bersama, termasuk detik-detik melucukan bersama sentiasa mekar dalam ingatan saya.

“Terima kasih untuk persahabatan yang tidak ternilai ini dan sentiasa membantu untuk menjadikan saya lebih baik dalam pasukan ini,” kata Miss Farr.

Jelas Miss Farr, ia memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk berjuang bersama-sama dengan Junior Talent dalam arena e-sukan itu.

Dalam kenyataan sama, Miss Farr turut mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pasukannya itu.

“Tahniah kepada kapten pasukan baharu, Trixnity (Mohamad Nazeri Shahrin Affan).

“Teruskan sokongan anda terhadap Junior Talent okay? Saya harap masih ada yang sudi menyokong saya tidak kira apa pun,”tambahnya.

Miss Farr bersama Junior Talent sebelum ini layak ke Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai, China.

BACA: “Saya dah buktikan saya boleh buat, lepas ni anda pula!”

Dalam kejohanan liga selama lima minggu itu menyaksikan Junior Talent meraih tempat ke-22 secara keseluruhan.

Sebelum layak ke Shanghai, Junior Talent mendapat tempat ketiga bagi kejohanan PMCO peringkat Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved