PUBG Mobile
PUBG: Jaga agama, jaga mak kalau nak sertai saya – Caprice

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tanah air yang kini mencari pemain-pemain e-sukan untuk skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) terbaharunya, Ariz Ramli, menetap tiga peraturan mudah bagi mereka yang mahu menyertainya.
Menurut Ariz atau senang dikenali sebagai Caprice, bagi peraturan-peraturan tersebut setiap pemainnya perlu:
- Menjaga agamanya
- Menjaga ibunya
- Bawa balik Chicken Dinner (Menang perlawanan dalam PUBG)
“Selagi anda boleh melakukan ketiga-tiga perkara ini, pastinya kita boleh mengoncangkan industri e-sukan ini,” kata Caprice dalam satu akaun media sosialnya semalam.
BACA: Caprice mahu Fredo
Sebelum ini Caprice mengumumkan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.
Ariz atau senang dikenali sebagai Caprice berkata dia akan menubuhkan satu pasukan e-sukannya tersendiri dan bakal mengadakan pencarian uji bakat terbuka.
Selepas sehari memuat naik pengumumannya itu di Instagram, Caprice berkata dia terkejut dengan sambutan orang ramai.
BACA: Giliran selebriti Caprice sertai e-sukan, tawar gaji RM3000-RM5000 untuk pemain
“Saya baru sedari betapa besarnya industri e-sukan di Malaysia. Posting saya (mengenai PUBG) di Instagram itu yang paling banyak menerima komen.
“Tidak tahu lagi sama ada kita boleh menang atau tidak, atau ada pasukan yang terbaik.
“Tapi saya boleh pastikan, pasukan saya akan ada uniform pasukan yang terbaik dan akan ada lagu yang terbaik! Sebab kita banyak menghasilkan muzik di sini,” kata Caprice.
Menurut Caprice, dia juga mengharap pasukannya itu dapat menang beberapa perlawanan dalam PUBG.
Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka.