Connect with us

PUBG Mobile

PUBG: “Teruskan bermain, kami pasti merindui Miss Farr!” – Junior Talent

Published

on

KUALA LUMPUR – Susulan pengumuman bekas kapten PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) bagi pasukan Junior Talent, NorFarah Shahira (Miss Farr), pasukan tersebut turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.

Menurut Junior Talent, peninggalan Miss Far dari pasukan tersebut pastinya akan dirindui pasukan tersebut.

“Kami telah mencapai kejayaan yang baik dan merasai pengalaman indah bersama.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya bagi Miss Farr untuk perjalanannya selepas ini.

“Junior Talent akan merindui anda. Kuatkan semangat dan teruskan bermain!” kata Junior Talent dalam satu kenyataan media.

BACA: “Selamat tinggal Junior Talent,” – Miss Farr

Menurut pasukan itu lagi, mereka bakal mengumumkan pemain baharu bagi menggantikan tempat Miss Far.

“Kami akan mengumumkan barisan pemain yang baharu untuk pastikan pasukan ini bersedia bagi menghadapi persiapan Final PUBG Mobile Club Open (PMCO) peringkat Malaysia yang akan diadakan pada 13 sehingga 14 Julai nanti,” katanya.

Junior Talent sebelum ini layak ke Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai, China.

BACA: “Saya dah buktikan saya boleh buat, lepas ni anda pula!” – Miss Far”

Dalam kejohanan liga selama lima minggu itu menyaksikan Junior Talent meraih tempat ke-22 secara keseluruhan.

Sebelum layak ke Shanghai, Junior Talent mendapat tempat ketiga bagi kejohanan PMCO peringkat Malaysia.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved