Connect with us

PUBG Mobile

16 pasukan PUBG layak ke PMNC, rebut hadiah wang terkumpul RM114,000

Published

on

Grand Final PMNC 2019 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai ini menawarkan hadiah wang terkumpul RM114,000. - Foto pubgmobile.com

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pasukan e-sukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) akan menyertai Grand Final Kejohanan Kebangsaan (PMNC).

Kejohanan yang bakal bertempat di Quill Convention Centre, Kuala Lumpur itu turut menyaksikan empat pasukan tempatan mendapat jemputan terus iaitu, AROV Esports, Team Secret, Junior Talent dan VIP Squad.

Keempat-empat pasukan ini mendapat jemputan terus kerana telah beraksi baik dalam Liga Asia Tenggara PMCO Spring Split selama lima minggu di Shanghai baru-baru ini.

Sementara itu bagi pasukan Yoodo Gank, mereka telah mendapat jemputan terus untuk Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

Selain empat pasukan e-sukan yang mendapat jemputan terus itu, berikut adalah 12 pasukan yang layak ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM114,000:

  • Tambadau Squad
  • Extreme Squad
  • AKA Esports
  • X77 | KGU Esports
  • Panda Northern
  • RMC
  • Miri Mob
  • Kingsman Gaming
  • Traitor Esports
  • VAT Esports
  • Unbeatable Gaming
  • Axis MPX

Empat pasukan teratas dalam kejohanan ini akan sertai Yoodo Gank dan beraksi di Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split.

Grand Final PMNC 2019 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai ini.

Jangan lupa hadir ramai-ramai ke kejohanan ini dan daftar di link ini untuk mendapatkan hadiah menarik sempena kejohanan ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved