Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Yoodo Gank, Junior Talent raih WWCD

Published

on

Miss Far daripada Pasukan Junior Talent ketika memenangi WWCD pada pusingan terakhir perlawanan hari keempat PMCO hari ini. - Foto paparan skrin Facebook Live PUBG Mobile

DUA pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Malaysia, Yoodo Gank dan Junior Talent berjaya meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam perlawanan hari keempat, minggu pertama Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO).

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank berada di kedudukan ketiga teratas dan Junior Talent berada di kedudukan sembilan teratas pada perlawanan hari ini.

Pada perlawanan hari ini, Yoodo Gank meraih 13 mata pada pusingan ketiga, 7 mata pada pusingan keempat, 38 mata pada pusingan kelima dan 28 mata pada pusingan ke pusingan keenam.

Mereka kini mengumpul 86 mata secara keseluruhan berada di belakang pasukan Indonsia Waw Esports di tempat kedua yang turut mengutip mata yang sama dan pasukan Thailand RRQ Athena yang kini sedang menggungguli tempat pertama pada perlawanan hari keempat liga.

Sementara itu bagi Junior Talent, mereka mengumpul 22 mata pada pusingan ketiga, 1 mata pada pusingan keempat, 2 mata pada pusingan kelima dan 40 mata pada pusingan keenam.

Tiga lagi pasukan Malaysia, Team Secret, AROV Esports, Victorious In Play Squad, masing-masing berada di kedudukan ke-18, ke-19 dan ke-22 pada daripada 24 pasukan yang bertanding pada perlawanan hari ini.

Ranking PMCO pada hari ini

Bagi ranking keseluruhan liga, dua pasukan Thailand RRQ Athena dan ILLUMINATE The Murder dan pasukan Indonesia EVOS Esports berada di kedudukan tiga teratas.

Bagi pasukan Yoodo Gank, mereka naik sehingga ke tangga 11 liga dengan mata bunuh 29, satu WWCD dan mencatat 158 mata keseluruhan.

Sementara itu bagi Junior Talent, mereka mengumpul 31 mata bunuh, 1 WWCD dengan mata keseluruhan sebanyak 125. Mereka kini berada di tangga ke-17 liga.

AROV Esports, Victorious In Play Squad, Team Secret, pula masing-masing berada di kedudukan ke-20, ke-21 dan ke-23.

Ranking keseluruhan liga, setakat hari ini.

PMCO Musim Bunga telah bermula sejak Rabu lalu yang menyaksikan pasukan-pasukan terbaik PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara merebut hadiah wang terkumpul RM107,980.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved