PUBG Mobile
PUBG Mobile: PMCO bermula hari ini, RM107,980 jadi rebutan

KUALA LUMPUR – Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Musim Bunga bakal bermula hari ini dengan menyaksikan 24 pasukan terbaik rantau ini merebut hadiah wang terkumpul RM107,980.
Kejohanan liga yang berlangsung di Shanghai, China itu turut menyaksikan penglibatan lima pasukan Malaysia iaitu Team Secret, Victorious In Play Squad, Junior Talent, AROV Esports dan Yoodo Gank.
Liga tersebut yang menggunakan format Liga Round Robin akan berlangsung selama lima minggu dengan 24 pasukan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu A, B dan C.
Ini bermaksud setiap pasukan akan melalui 40 perlawanan, menurut portal informasi kejohanan e-sukan dunia Liquipedia.
Liquipedia turut meletakkan kejohanan ini dalam kategori Major.
Bagi pasukan Malaysia, Team Secret, Junior Talent dan Yoodo Gank berada dalam kumpulan C manakala Victorious In Play dan AROV Esport masing-masing berada dalam kumpulan A dan B.
Minggu pertama liga ini dijangka akan bermula pada jam 4 petang nanti waktu tempatan.
Berikut adalah senarai penuh pasukan yang menyertai liga tersebut:
Indonesia
- Bigetron Esports
- EVOS Esports
- Victim Esports
- Onic Esports
- Waw Esports
Malaysia
- AROV Esports
- Junior Talent
- Team Secret
- Victorious in Play
- Yoodo Gank
Thailand
- Golden Cat
- ILLUMINATE The Murder
- Narok Gaming
- RRQ Athena
- Purple Mood E-Sport
Vietnam
- Best Absolute Training
- BOX Gaming
- Crazy Dog
- FFQ Mobile
- X-TEAM
Sementara itu empat pasukan telah menerima Wild Card untuk kejohanan ini iaitu Pure Skill, iScrewDriver (Filipina), The Wolf of Killer dan X-Force (Kemboja).
