Connect with us

PUBG Mobile

Savior rasmi jadi coach Nigma Galaxy

Published

on

Foto: Nigma Galaxy

SELEPAS beberapa minggu menjadi bualan dalam kalangan komuniti PUBG Mobile tanah air, Jurulatih PUBG Mobile, Muhammad Hazwan Halim (Savior) kini secara rasmi menyertai organisasi e-sukan antarabangsa yang beribu pejabat di Dubai, UAE, Nigma Galaxy.

Perkara itu diumumkan pasukannya, Nigma Galaxy dalam satu catatan media sosial pada hari ini.

Menurut Nigma Galaxy, Savior akan melatih dua skuad e-sukan untuk pasukan itu.

“Mari kita mengalu-alukan kedatangan Savior sebagai jurulatih PUBG Mobile Nigma Galaxy dan Battleground Mobile India Nigma Galaxy.

“Jumpa anda di Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021!” kata Nigma Galaxy dalam satu kapsyen.

Nigma Galaxy merupakan antara finalis kejohanan dunia PMGC 2021 yang akan berlangsung pada 21-23 Januari nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM14 juta secara keseluruhan.

Sebelum ini, Savior pernah berkhidmat untuk pasukan tempatan Team SMG untuk tempoh tiga musim PMPL, sejak 2020.

Antara pencapaian Savior bersama Team SMG termasuklah:

  • Juara Grand Final Liga XOX Unity PUBG Mobile 2021
  • Tempat ketiga Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua 2020
  • Tempat keempat peringkat liga PMPL MYSG Musim Kedua 2020
  • Tempat keempat Grand Final PMPL MYSG Musim Keempat 2021

Menerusi pemindahaan Savior ke Dubai itu juga menjadi dia sebagai jurulatih ketiga dari Malaysia yang berkhidmat untuk pasukan luar negara.

Menurut Savior, dia mula berkhidmat untuk Nigma Galaxy sejak 15 November 2021 yang lalu.

Savior juga mempunyai pengalaman sebagai pemain kompetitif PUBG dan pernah bermain untuk pasukan tempatan seperti Battle Arena Elites dan Geek Fam.

Dia dilihat sebagai antara veteran PUBG dan pernah menjuarai kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan seperti AOC Battle of Visionaries (Malaysia), dan Kejohanan PUBG Malaysia dan Singapura 2018.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved