Connect with us

PUBG Mobile

PEL 2022 kembali ke mod TPP

Published

on

Foto: Weibo / PEL

BARU-BARU ini, pihak rasmi Peace Elite telah mengumumkan perubahan format Liga Peacekeeper Elite League (PEL) bagi tahun 2022.

Menurut pihak penganjur dalam satu perkongsian di laman rasmi weibo, liga PEL akan terbahagi kepada dua musim iaitu Musim Bunga dan Musim Panas.

Format ini pernah digunakan pada Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung pada tahun 2019.

Setiap musim akan dipecahkan kepada tiga peringkat. Para pemain akan bertanding di peringkat Musim Liga dan peringkat Kalah Mati untuk melayakkan diri ke Grand Final.

Selain itu, liga PEL juga akan menyaksikan penukaran mod FPP (Perspektif Pandangan Pertama) kembali kepada mod TPP (Perspektif Pandangan Ketiga).

Terdapat ura-ura menyatakan keputusan tersebut dibuat untuk memberi ruang kepada para pemain melakukan persiapan bagi Sukan Asia 2022 yang akan menggunakan mod TPP.

Liga PEL telah menggunakan mod FPP dan TPP sejak tahun 2019 dan menggunakan mod FPP secara penuh pada tahun 2020 dan 2021.

Dalam masa yang sama, pihak Peace Elite turut mengumumkan empat organisasi e-sukan baharu yang akan bersaing di Liga PEL 2022.

Empat pasukan tersebut adalah:
• KONE Club (ambil alih Royal Never Give Up)
• VISION ESPORTS Club (ambil alih Da Kun Gaming)
• Jteam (ambil alih Qing Jiu Club)
• Petrichor Road Esports Club

Jteam merupakan kelab milik penyanyi terkenal di Taiwan, Jay Chou manakala Petrichor Road Esports Club adalah juara Asia bagi divisi PUBG PC.

Liga PEL Musim Bunga 2022 akan membuka tirai pada 10 Mac nanti.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved