PUBG Mobile
Savior di Dubai, luang masa bersama pemain Nigma Galaxy

Jurulatih PUBG Mobile, Muhammad Hazwan Halim (Savior) mengesahkan yang dia kini berada di Dubai sejak semalam untuk urusan berkaitan e-sukan.
“Ya, saya sudah sampai di Dubai sejak semalam.
“Saya tiba di sini jam 10 pagi waktu Malaysia,” kata Savior kepada WTM Today.
Sementara itu, Savior juga ada berkongsikan beberapa catatan InstaStory pada semalam yang menunjukkan momen bersama pemain PUBG Mobile Nigma Galaxy seperti Raouf dan Lord.
Pasukan itu merupakan antara finalis kejohanan dunia PMGC 2021 yang akan berlangsung pada 21-23 Januari nanti.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM14 juta secara keseluruhan.
Sebelum ini, Savior berkhidmat untuk pasukan SMG dan pernah melibatkan diri dalam arena kompetitif PUBG sekitar tahun 2018-2020.