PUBG Mobile
PUBG Mobile: Virtus.pro buat rombakan besar. OldBoy pilihan utama

Pasukan e-Sukan gergasi daripada Rusia, Virtus.pro melakukan rombakan secara besar-besaran apabila melepaskan kesemua pemain PUBG Mobile dan menggantikan dengan barisan pemain yang baharu.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pihak Virtus.pro di laman rasmi Twitter mereka pada tanggal 18 Disember 2021 yang lepas.
Virtus.pro mula bertapak di arena PUBG Mobile pada 25 Mac 2021 dan menandatangani barisan pemain Team Unique.
Virtus.pro beraksi dengan buruk sepanjang dua musim bertanding di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL CIS) pada tahun lepas sekaligus memberi tamparan hebat bagi nama baik pasukan gergasi itu.
Antara pencapaian Virtus.pro sebelum membuat rombakan:
•Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL CIS) Musim Pertama – tangga ke-9
•Final Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL CIS) Musim Pertama – tangga ke-8
•Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL CIS) Musim Kedua – tangga ke-10
•Final Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL CIS) Musim Kedua – tangga ke-9
•Piala Dunia Star Challenge (PMSC) Eropah – tangga ke-11
Dmytro Bui (OldBoy) merupakan pemain pertama yang dirisik oleh pasukan Virtus.pro untuk mengetuai barisan pemain baharu.
Antara pencapaian terbaik OldBoy di peringkat tertinggi adalah muncul sebagai juara Piala Dunia Star Challenge (PMSC) 2019 dan tempat keempat peringkat final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.
Berikut adalah senarai lengkap barisan utama Virtus.pro 2022:
• Dmytro Bui (OldBoy)
• Andriy Tulika (TULIKA)
• Andrey Galkin (Evostation)
• Luka Andreev (Korka)
• Cristian-Roman Corbu (Kompot_trash)
Virtus.pro pernah menjuarai empat kejohanan CS:GO Major serta lima kejohanan Dota 2 Major sejak ditubuhkan pada tahun 2003.