PUBG Mobile
PEL: Nova Esports kutip RM6.69 juta untuk tahun 2021

PIHAK rasmi liga terbesar Game for Peace di China, Peace Elite telah menyenaraikan 10 pasukan dengan kutipan hadiah wang kemenangan terbanyak sepanjang empat musim beraksi di Liga Peacekeeper Elite (PEL) untuk tahun 2021.
Kira-kira RM36.6 juta (55.7 juta Yuan) telah ditawarkan oleh pihak Peace Elite dan senarai tersebut telah dimuat naik di laman rasmi Weibo Peace Elite.
Berikut adalah 10 pasukan PEL yang menerima hadiah wang kemenangan terbanyak untuk tahun 2021 :
1. Nova Esports – RM6.69 juta (10.17 juta Yuan)
2. Weibo Gaming – RM4.97 juta (7.55 juta Yuan)
3. LGD Gaming – RM3.45 juta (5.24 juta Yuan)
4. Six Two Eight – RM3.39 juta (5.16 juta Yuan)
5. Tong Jia Bao Esports – RM2.91 juta (4.42 juta Yuan)
6. The Chosen – RM2.16 (3.28 juta Yuan)
7. Titan Esports Club – RM2.02 (3.07 juta Yuan)
8. ThunderTalk Gaming – RM1.83 juta (2.79 juta Yuan)
9. ShowTime – RM1.70 juta (2.58 juta Yuan)
10. Still Moving Under Gunfire – RM1.68 juta (2.55 juta Yuan)
Keputusan tersebut tidaklah mengejutkan terutama sekali bagi pasukan Nova Esports setelah beraksi dengan konsisten sepanjang 2021 dan kini menjadi antara pasukan pilihan untuk muncul sebagai juara bagi Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC).
Pihak rasmi Peace Elite turut mengumumkan penaja telefon pintar yang baharu iaitu OnePlus, menggantikan Oppo yang telah menjadi penaja utama sejak tahun 2019.
Para pemain akan menggunakan peranti OnePlus 10 Pro untuk bersaing sepanjang tahun 2022. Tarikh rasmi Liga PEL Musim Pertama masih belum diumumkan.