Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Bukan lagi penganalisis, Iron Pro sah kembali sebagai pemain

Published

on

Foto: Facebook / Iron Pro

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Muhriz Fariq (Iron Pro) yang sebelum ini bertindak penganalisis Homebois, sah akan kembali bermain dalam arena kompetitif.

Perkara itu disahkan pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) kepada WTM Today.

Sementara itu, Homebois dalam satu kenyataan berkata skuad yang diterajui Iron Pro itu juga akan disertai empat lagi pemain.

Sebelum menyertai Homebois pada 5 Ogos 2021, Iron Pro pernah bermain untuk pasukan Dingoz MPX dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2020.

Antara pencapaian tertinggi Iron Pro bersama Dingoz MPX termasuklah menjuarai peringkat liga PMPL MYSG S3 2020.

Iron Pro kemudiannya terpaksa berehat untuk satu musim liga profesional selepas keluar dari Dingoz MPX pada saat-saat akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday)

Jelasnya dia memilih untuk keluar dari pasukannya selepas mengetahui akan menerima tajaan baharu pada 31 Julai 2021 iaitu pada hari Jendela Perpindahan Pemain (Transfer Window) ditutup.

Rakan-rakan sepasukanya di Dingoz MPX kemudiannya menyertai 4Rivals, yang kini dijenamakan semula sebagai 4Rivals Yoodo Alliance.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved