PUBG Mobile
Ajiji, San, Nuk skip PMPL, fokus kepada brand Trio Distro

TRIO Homebois, Ajiji, San nak Nuk sah akan memberi tumpuan kepada penjenamaan baru dari organisasi itu yang dinamakan sebagai Trio Distro.
Menurut pengasas Homebois, Daddyhood, trio itu tidak akan terlibat dalam arena profesional PUBG Mobile ketika ini.
“Belum ada rancangan lain untuk trio tersebut, melainkan memberi tumpuan kepada penjenamaan.
“Sekarang ini, Homebois banyak memberi peluang (arena kompetitif) kepada orang lain,” kata Daddyhood kepada WTM Today.
Sementara itu, Daddyhood juga berkongsikan Trio Distro akan memberi fokus kepada segmen gaya hidup dan sukan motosikal.
Ajiji, San dan Nuk merupakan sebahagian daripada barisan pemain utama Homebois untukLiga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.
Dalam kejohanan itu, Homebois menduduki tempat ke-16 pada peringkat Grand Final dan ke-12 di peringkat liga.
Trio juga bermain untuk pasukan Homebois pada musim ketiga liga yang sama.
Sebelum menyertai Homebois, trio tersebut pernah berkhidmat untuk pasukan Dingoz MZ untuk PMPL MYSG S2 2020.