Connect with us

PUBG Mobile

MEC: Selepas MLBB, Homebois turut bolot trofi PUBG Mobile

Published

on

Foto: Homebois

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan popular tanah air, Homebois membolot dua kemenangan besar dalam Liga E-sukan Malaysia (MEC) Musim Kedua 2021  selepas menjuarai dua daripada lima kategori e-sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan itu iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Pelapis Homebois daripada program The Academy iaitu D3V Silence diangkat sebagai juara PUBG Mobile selepas berjaya mengutip 140 mata dalam 10 pusingan yang dimainkan di peringkat Grand Final MEC S2 2021.

Pasukan itu juga mengutip berjaya mata kedudukan dan mata bunuh terbanyak dalam kejohanan itu.

Menerusi kemenangan itu, D3V Silence berjaya mendapatkan slot di peringkat Final Pusingan Kelayakan Liga Profesional Malaysia Singapura Filipina Musim Kelima (PMPL MYSGPH)  S5 2021.

Berikut adalah barisan pemain utama D3V Silence dalam kejohanan Grand Final MEC S2 2021:

  • Mohamad Insaf Tamsil Suhardi
  • Muhammad Hafiz Samsul
  • Akhmansyah Salman
  • Aiman Hakeem Khairulnizam

“Kami memang gembira dengan kemenangan ini dan akan buat yang terbaik pada peringkat kelayakan nanti,” kata pemain D3V Silence Aiman Hakeem Khairulnizam selepas muncul sebagai pemenang, di Grand Final MEC S2 2021 yang berlangsung di KL Gateway Mall, di sini hari ini.

The Academy merupakan inisiatif daripada personaliti e-sukan tanah air, Nureddy Nursal (Daddyhood) untuk membangunkan bakat-bakat baru dalam industri ini. Ia ditubuhkan pada Oktober 2021 yang lalu.

Sementara itu, Homebois ditubuhkan pada hujung 2018 sebagai satu syarikat penerbitan.

Ia kemudiannya memberi tumpuan dalam melahirkan bakat-bakat muda dalam e-sukan selepas pengasasnya, Daddyhood mengadakan satu persetujuan dengan bekas rakan sepasukannya di Saiyan Royale sebelum ini, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar (Avaaa) yang mahu bergiat dengan lebih profesional dalam arena ini.

Homebois kini bukan sahaja memberi tumpuan dalam arena kompetitif, namun turut menceburi bidang penstriman langsung dan melahirkan bakat-bakat baru dalam industri gaya hidup dan hiburan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved