Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Ramalan dropspot, jumpa tuan rumah atau tidak?

Published

on

JUMPA ‘tuan rumah’ atau tidak?

Berikut adalah ramalan penulis mengenai situasi dropspot (lokasi mendarat) pasukan Malaysia pada peringkat Liga PMGC Timur 2021:

1. ERANGEL: 

  • Dengan kehadiran pasukan TJB Esports dan Rico Infinity Team di kawasan Severny, Team Secret dijangka tidak akan bertempur awal di situ dan diramal akan mendarat di kawasan Stalber dan Kameshki.
  • 4Rivals dan Deadeyes Guys telah bertempur di kawasan Rozhok sebanyak dua kali dalam Scrims (Perlawanan Latihan) PMGC Timur dan Deadeyes Guys kini mendahului rekod pertempuran dengan dua kemenangan.
  • Jika 4Rivals tidak mahu meneruskan pertempuran awal  di Rozhok, mereka diramal akan mendarat di kawasan “Rumah Air”.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong 

  • Farm Ridge
  • Lipovka
  • Mylta Power
  • Prison

Ramalan Pertempuran Awal 

Primorsk – Genesis Dogma GIDS (Indonesia) vs Six Two Eight (China)
Yasnaya Polyana – MS Chonburi (Thailand) vs DRS Gaming (Nepal)
Pochinki – D’ Xavier (Vietnam) vs Nigma Galaxy (Iraq)
Severny – TJB Esports (China) vs Rico Infinity Team (Saudi Arabia)

Keadaan Pasukan-Pasukan Asia Tenggara 

  • Pasukan Genesis Dogma GIDS dijangka akan menghadapi cabaran dari pasukan Six Two Eight, yang baru menjuarai Liga Peacekeeper Elite, di kawasan Primorsk. 
  • Pasukan MS Chonburi diramal akan bertempur awal dengan pasukan DRS Gaming, yang akan bertanding di PMGC untuk kali yang kedua, di kawasan Yasnaya Polyana. 
  • Pasukan D’ Xavier pula diramal akan menghadapi cabaran dari pasukan Nigma Galaxy, yang merupakan pencabar baru dalam PMGC kali ini, di kawasan Pochinki. 

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain 

  • Pasukan Six Two Eight dan Rico Infinity Team dijangka akan bertempur awal di kawasan Severny, yang terletak di bahagian utara peta Erangel. 
  • Pasukan Nova Esports diramal akan di kawasan Gatka, kerana mereka telah mendarat di situ dalam Liga Peacekeeper Elite pada minggu yang pertama. 
  • Pasukan Reject pula diramal akan menukarkan lokasi pendaratan mereka, dari kawasan Gatka ke kawasan Ferry Pier. 

2. MIRAMAR

  • Team Secret dijangka tidak akan mendarat di San Martin berikutan kehadiran Stalwart Esports. Mereka dijangka ke El Azahar.
  • 4Rivals juga dijangka akan menukarkan kawasan dropspot dari Cruz del Valle ke kawasan Minas Generales.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong 

  • Cruz del Valle
  • Hacienda del Patron
  • Tierra Bronca

Ramalan Pertempuran Awal 

Monte Nuevo – The Infinity (Thailand) vs TJB Esports (China) vs Rico Infinity Team (Saudi Arabia)
Pecado – FaZe Clan (Thailand) vs Nova Esports (China)
Power Grid – D’ Xavier (Vietnam) vs Six Two Eight (China)
El Pozo – DamWon Gaming (Korea Selatan) vs Nigma Galaxy (Iraq)

Keadaan Pasukan-Pasukan Asia Tenggara 

  • Pasukan FaZe Clan dijangka akan menerima cabaran dari pasukan Nova Esports, yang merupakan juara bertahan PMGC kali ini, di kawasan Pecado. 
  • Pasukan The Infinity pula dijangka akan bertempur awal dengan pasukan TJB Esports dari China dan Rico infinity Team dari Saudi Arabia, di kawasan Monte Nuevo. 
  • Pasukan D’ Xavier diramal akan menukarkan lokasi mendarat dari kawasan El Pozo ke kawasan Power Grid, jadi, mereka dijangka akan menerima cabaran dari pasukan Six Two Eight di kawasan itu. 

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain 

  • Pasukan DamWon Gaming, yang merupakan juara untuk PUBG Mobile Pro Series, dan pasukan Nigma Galaxy dari Iraq dijangka akan bertempur awal di kawasan El Pozo. 
  • Pasukan Reject, selaku-lakunya juara untuk PUBG Mobile Japan League, diramal akan mendarat di kawasan Chumacera, yang sebenarnya diramal untuk dibiar kosong oleh pasukan-pasukan yang lain. 
  • Dengan penukaran lokasi mendarat dari Team Secret dan pasukan Reject dari kawasan San Martin, pasukan Stalwart Esports kemungkinan besar akan mendarat di kawasan itu dengan aman. 

3.SANHOK

  • Team Secret diramal akan mendarat dan melakukan aktiviti ‘scrap looting’ di sekeliling kawasan Lakawi, seperti apa yang telah dilakukan oleh mereka di PMGC 2020 dan PMPL SEA baru-baru ini.
  • Pasukan 4Rivals diramal akan mendarat dan melakukan aktiviti ‘scrap looting’ di sekeliling kawasan timur Camp Alpha.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong 

  • Kampong
  • Mongnai
  • Bhan

Ramalan Pertempuran Awal
Pai Nan – Bigetron RA (Indonesia) vs Nova Esports (China)
Bootcamp – FaZe Clan (Thailand) vs Stalwart Esports (Mongolia)
Paradise Resort – D’ Xavier (Vietnam) vs Rico Infinity Team (Saudi Arabia)
Ha Tinh – Six Two Eight (China) vs Deadeyes Guys (Nepal)

Keadaan Pasukan-Pasukan Asia Tenggara 

  • Pasukan FaZe Clan dijangka akan menghadapi cabaran dari pasukan Stalwart Esports di kawasan Bootcamp, manakala pasukan Bigetron RA pula dijangka akan menghadapi cabaran dari pasukan Nova Esports di kawasan Pai Nan. 
  • Pasukan D’ Xavier dijangka akan bertempur awal dengan Rico Infinity Team, yang baru menjuarai PMPL Timur Tengah, Africa dan Asia Selatan, di kawasan Paradise Resort, manakala pasukan Genesis Dogma GIDS diramal akan mendarat di kawasan Docks. 

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain 

  • Pasukan BC Swell yang mendarat di jambatan Ha Tinh diramal akan menukarkan lokasi mendarat ke kawasan Quarry, manakala pasukan DamWon Gaming yang mendarat di Quarry diramal akan menukarkan lokasi mendarat ke kawasan Ruins. 
  • Pasukan Six Two Eight dari China dan pasukan Deadeyes Guys dari Nepal dijangka akan bertempur awal di kawasan Ha Tinh. 

Pasukan Reject pula diramal akan mendarat dan melakukan aktiviti ‘scrap looting’ di kawasan “Rumah L” dan sekeliling kawasan selatan Bootcamp.

PMGC peringkat liga akan bermula hari ini, jam tujuh petang dan boleh ditonton secara langsung di YouTube PUBG Mobile.

Analyst PUBG Mobile for WTM Today. Other than PUBG Mobile, I enjoy watching badminton, NBA and a lot more! 😁 Instagram: @yeetsboy_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved