Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Slot rahsia milik India, akan main pada Grand Final nanti

Published

on

Foto: Battleground Mobile India

INDIA sah akan bermain pada peringkat Grand Final Kejohanan Global PUBG (PMGC) 2021 pada 21-23 Januari nanti.

Pihak penganjur PMGC, PUBG Mobile Esports mengumumkan perkara itu dalam satu gambar yang dimuatnaik pada malam tadi.

Dalam gambar tersebut memaparkan struktur perjalanan dan format PMGC.

Ia turut mendedahkan satu slot jemputan istimewa yang sebelum ini dirahsiakan akan diberikan kepada satu pasukan dari India.

Foto: PUBG Mobile

Satu slot itu mungkin akan diberikan kepada juara Siri Battlegrounds Mobile India 2021 yang bakal diadakan pada 13 -16 Januari nanti. 

Kali terakhir pasukan India bertanding di kejohanan peringkat dunia PUBG Mobile adalah ketika menyertai peringkat Liga Dunia (PMWL) Timur Musim Zero yang berlangsung pada Ogos 2020.

Dalam kejohanan itu, pasukan India, Orange Rock muncul sebagai naib juara secara keseluruhan.

LIHAT: Ranking keseluruhan PMWL Musim Zero 2020

Manakala lima lagi pasukan India iaitu TSM Entity, MegaStars, TeamIND, Galaxy Racer, dan SynerGE juga telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Finals dalam kejohanan tersebut. 

PMGC 2021 menawarkan kira-kira RM24 juta (AS$6juta) dan mula berlangsung pada hari ini bagi peringkat liga. 

Analyst PUBG Mobile for WTM Today. Other than PUBG Mobile, I enjoy watching badminton, NBA and a lot more! 😁 Instagram: @yeetsboy_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved