Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Sehari je Team China berehat, terus main world tour

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PARA pemain pasukan PUBG Mobile China iaitu Six Two Eight, Nova Esports, dan Tong Jia Bao Esports hanya mempunyai satu hari sahaja untuk berehat dan melakukan persiapan untuk Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 yang akan berlangsung hari ini.

Pada Ahad lalu, mereka baru sahaja selesai beraksi di Grand Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021.

Antara kesemua pasukan PUBG Mobile China, hanya pemain Nova Esports sahaja yang pernah mempunyai pengalaman bertanding di peringkat global dan bermain mod TPP (Perspektif Pandangan Ketiga) berbanding pemain Six Two Eight dan Tong Jia Bao Esports.

BACA: Six Two Eight juara menang RM2 juta, mara ke PMGC bersama Nova Esports

Ini akan memberikan cabaran buat pemain Six Two Eight dan Tong Jia Bao Esports dan mereka perlu mengadaptasi mod TPP dengan secepat yang mungkin sekiranya ingin mara lebih jauh.

Kejohanan Liga PEL telah menggunakan mod FPP (Perspektif Pandangan Pertama) sejak tahun 2019 dan menggunakan mod FPP secara penuh pada tahun 2020 dan 2021.

Para pemain di Liga PEL menempuh jadual yang padat pada tahun ini apabila pihak rasmi Peace Elite menambah satu lagi musim menjadikan total sebanyak empat musim pada tahun 2021 berbanding tiga musim pada 2020.

Kira-kira 480 perlawanan yang dimainkan oleh para pemain dalam tempoh 160 hari pada tahun ini. Para pemain turut berkorbankan masa untuk berlatih sekurang-kurangnya 10-12 jam sehari di scrim.

Hasil daripada kerja keras tersebut dilihat sebagai berbaloi dengan hadiah wang kemenangan kesuluruhan yang ditawarkan oleh pihak rasmi Peace Elite pada tahun ini iaitu kira-kira RM37 juta (55.7 juta Yuan).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved