PUBG Mobile
PEL: Six Two Eight juara menang RM2 juta, mara ke PMGC bersama Nova Esports

PASUKAN Six Two Eight sah muncul sebagai juara Grand Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 pada malam tadi.
Six Two Eight menutup tirai Grand Final dengan penuh bergaya apabila berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan terakhir.
Pemain utama Six Two Eight, Zhang Yang (Yuyang) muncul sebagai wira pasukannya apabila berjaya melakukan clutch pada zon keenam dan menyingkirkan enam pemain lawan, sekaligus muncul sebagai juara keseluruhan.
Six Two Eight mengutip 227 mata secara kesuluruhan, termasuk 97 mata bunuh dan tujuh WWCD.
Menerusi kemenangan itu, Six Two Eight membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM1.33 juta (2 juta Yuan).
Hasil daripada kemenangan tersebut, Six Two Eight juga berjaya mara ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 yang akan berlangsung pada 30 November.
Pencabar terdekat Six Two Eight untuk merebut kejuaraan, The Chosen terpaksa berputih mata apabila menamatkan kejohanan di tangga kedua keseluruhan dengan perbezaan sebanyak tiga mata.
Lebih menyakitkan hati buat The Chosen adalah apabila tiga mata bunuh penting dicuri pasukan lain pada pusingan yang terakhir sekaligus meranapkan impian pemain The Chosen untuk beraksi di PMGC 2021.
The Chosen mengutip jumlah mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 110 mata.
The Chosen turut membawa pulang hadiah wang kemenangan untuk tempat kedua kira-kira RM332,000 (500,000 Yuan).

Foto: Weibo / PEL

Foto: Weibo / PEL
In-game-leader bagi The Chosen, Feng Shujie (Suk) dianugerahkan sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) Grand Final dan memenangi hadiah wang tunai kira-kira RM133,000 (200,000 Yuan).
Suk mengutip mata bunuh dan mata kesan musnah terbanyak iaitu sebanyak 35 mata bunuh serta 7614 mata kesan musnah. Ini bukan kali pertama Suk muncul sebagai naib juara di peringkat Grand Final.
Suk pernah menjadi naib juara di peringkat Grand Final:
• PEL S4 2021
• PEL S3 2021
• PMGC 2020
• PEL S1 2020
Sementara itu, Nova Esports turut berjaya melayakkan diri ke peringkat PMGC bersama-sama dengan Tong Jia Bao Esports dan Six Two Eight.
Walaupun menamatkan kejohanan di tangga keenam, kedudukan tersebut sudah mencukupi untuk Nova Esports mara ke PMGC setelah mengutip 40 mata kelayakan dalam dua musim yang dimainkan.
Bintang Nova Esports, Zeng Zehai (Order) beraksi dengan cemerlang secara individu apabila mengutip jumlah mata bunuh kedua terbanyak iaitu sebanyak 33 mata bunuh.
Pemain Da Kun Gaming, Sa Ye (770) dipilih sebagai pemain rookie terbaik kesuluruhan bagi musim ini dan membawa pulang hadiah wang kira-kira RM66,000 (100,000 Yuan).
Meskipun gagal mara ke peringkat Grand Final, 770 telah beraksi dengan cemerlang pada peringkat liga dan turut berjaya membantu pasukannya mendapatkan WWCD.
770 merupakan orang kelainan upaya sejak dari kecil apabila didiagnos penyakit congenital muscular dystrophy (CM) menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
770 memulakan karier sebagai seorang penghibur penstriman langsung sebelum menceburi bidang profesional bersama Da Kun Gaming dan kini mampu untuk menyara keluarganya keluar dari kelompok kemiskinan.
Kisah kehidupan 770 turut dikongsikan oleh media arus perdana China, South China Morning Post.
Keputusan keputusan keseluruhan WWCD Grand Final:
Map 1 – Titan Esports Club
Map 2 – 4 Angry Men
Map 3 – ShowTime
Map 4 – Six Two Eight
Map 5 – Six Two Eight
Map 6 – Six Two Eight
Map 7 – Tong Jia Bao Esports
Map 8 – Tong Jia Bao Esports
Map 9 – Six Two Eight
Map 10 – Weibo Gaming
Map 11 – Nova Esports
Map 12 – Six Two Eight
Map 13 – TeamPai
Map 14 – The Chosen
Map 15 – Six Two Eight
Map 16 – Tianba
Map 17 – Weibo Gaming
Map 18 – ShowTime
Map 19 – The Chosen
Map 20 – Six Two Eight
Berikut adalah ranking lima pasukan teratas kelayakan ke PMGC secara rasmi:
1. Six Two Eight – 42 mata
2. Nova Esports – 40 mata
3. The Chosen – 35 mata
4. Tong Jia Bao Esports – 26 mata
5. LGD Gaming – 24 mata
Nova Esports, Six Two Eight, dan Tong Jia Bao Esports hanya mempunyai satu sehaja hari untuk berehat dan membuat persediaan sebelum bertanding di PMGC yang akan mula berlangsung pada 30 November ini.