PUBG Mobile
PEL: STE kekal top 1, LGD tunjuk kebangkitan

HARI ketiga Grand Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 menyaksikan kebangkitan buat pasukan LGD Gaming apabila berjaya menamatkan hari di tangga ketiga kesuluruhan.
LGD Gaming muncul sebagai pasukan dengan mata kesuluruhan terbanyak pada hari ketiga iaitu sebanyak 69 mata dan memperbaiki empat kedudukan daripada tempat ketujuh ke kedudukan ketiga.
Pemain termahal dalam sejarah Game For Peace, Mi Jiacheng (ChengC) menjadi kunci kepada kebangkitan dan kini muncul sebagai pemain dengan mata kesan musnah terbanyak iaitu sebanyak 5767 mata kesan musnah.
ChengC turut muncul sebagai pemain ketiga dengan mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 23 mata bunuh dalam 15 pusingan yang dimainkan. LGD Gaming membayar kira-kira RM7.8 juta (11,780,000 juta Yuan) kepada YiQiLang (YQL) pada bulan Januari yang lalu.
Six Two Eight sekali lagi berjaya mendapatkan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) sepanjang tiga hari Grand Final berlangsung menjadikan enam WWCD secara total.
Six Two Eight kekal selesa di tangga pertama dan kini masih mendahului sebanyak 17 mata dengan pasukan di tangga kedua iaitu The Chosen sama seperti hari semalam selepas kedua-dua pasukan mengutip jumlah mata yang sama pada hari ini iaitu sebanyak 55 mata.
Sementara itu, peluang bagi pasukan Weibo Gaming dan 4 Angry Men untuk mara ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 kelihatan semakin pudar apabila gagal memperbaiki kedudukan kesuluruhan.
Kedua-dua pasukan yang mempunyai peminat yang ramai tersebut kini menduduki tangga ke-9 dan ke-11 kesuluruhan. Weibo Gaming dan 4 Angry Men perlukan keajaiban sekiranya ingin mara ke peringkat PMGC.
Hari ini merupakan hari terakhir Grand Final dan hanya tinggal baki lima pusingan untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM1.33 juta (2 juta Yuan).
Keputusan WWCD hari kedua Grand Final:
Map 11 – Nova Esports
Map 12 – Six Two Eight
Map 13 – TeamPai
Map 14 – The Chosen
Map 15 – Six Two Eight
Berikut adalah ranking lima pasukan teratas kelayakan ke PMGC secara tidak rasmi:
1. Six Two Eight – 42 mata
2. Nova Esports – 40 mata
3. The Chosen – 35 mata
4. Tong Jia Bao Esports – 30 mata
5. LGD Gaming – 18 mata