Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Bukan Nova, bukan The Chosen tapi STE kini dahului ranking

Published

on

Foto: Weibo / PEL

WAKIL China ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021, Tong Jia Bao Esports, membuktikan kehebatan tersendiri apabila mengutip mata dan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) terbanyak pada hari kedua Grand Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021.

Tong Jia Bao Esports mengutip 76 mata dalam lima pusingan yang dimainkan dan mendapatkan dua WWCD berturut-turut pada pusingan ketujuh dan kelapan.

Tong Jia Bao hampir untuk berjaya mendapatkan WWCD yang ketiga pada pusingan terakhir namun gagal untuk memanfaatkan situasi sekaligus dicuri oleh Weibo Gaming.

Pasukan itu juga telah berjaya melonjak naik sepuluh kedudukan yang lebih baik berbanding dengan hari pertama dan kini menghuni tangga ketiga secara kesuluruhan.

Sementara itu, Six Two Eight berjaya memintas The Chosen untuk merampas kedudukan pendahulu Grand Final selepas berjaya mengekalkan momentum kemenangan.

Six Two Eight turut mendapatkan jumlah WWCD yang sama seperti Tong Jia Bao Esports iaitu sebanyak dua WWCD.

Tiga daripada empat WWCD yang diperoleh Six Two Eight sepanjang beraksi di Grand Final adalah di peta Erangel.

Six Two Eight berjaya menjarakkan jurang dengan pasukan The Chosen yang kini jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 17 mata.

Sekiranya Six Two Eight beraksi dengan cemerlang pada baki sepuluh pusingan terakhir, peluang untuk mara ke peringkat PMGC dilihat cerah.

The Chosen masih kekal sebagai pencabar utama untuk merebut kejuaraan meskipun masih belum berjaya mendapatkan sebarang WWCD.

Dua pemain utama The Chosen, Zhang Chouqun (Alan) dan Feng Shujie (Suk) mendahului ranking pemain dengan mata bunuh terbanyak setelah masing-masing mengutip 19 dan 16 mata bunuh.

Keputusan WWCD hari kedua Grand Final:
Map 6 – Six Two Eight
Map 7 – Tong Jia Bao Esports
Map 8 – Tong Jia Bao Esports
Map 9 – Six Two Eight
Map 10 – Weibo Gaming

Berikut adalah ranking lima pasukan teratas kelayakan ke PMGC secara tidak rasmi:
1. Six Two Eight – 42 mata
2. Tong Jia Bao Esports – 42 mata
3. Nova Esports – 36 mata
4. The Chosen – 35 mata
5. ShowTime – 18 mata

Dua pasukan yang mengutip mata terbanyak akan mengiringi Tong Jia Bao Esports menentang 17 pasukan terbaik Zon Timur di PMGC.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved