Connect with us

PUBG Mobile

PEL: The Chosen unggul hari pertama Grand Final

Published

on

Foto: Weibo / PEL

HARI pertama peringkat Grand Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 menyaksikan pasukan The Chosen meungguli hari pertama kejohanan.

The Chosen mengutip 28 mata bunuh dan 64 mata secara kesuluruhan meskipun tidak berjaya mendapatkan sebarang Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Aksi konsisten yang ditunjukkan oleh The Chosen dalam lima pusingan sudah cukup untuk meletakkan mereka di zon yang selesa untuk meraih kejuaraan.

Pasukan Six Two Eight bermula dengan agak perlahan apabila pulang ke lobi awal pada pusingan pertama dan pusingan kedua.

Six Two Eight mula berjaya mendapatkan rentak permainan pada pusingan ketiga sebelum mendapatkan dua WWCD berturut-turut pada baki dua pusingan terakhir.

Six Two Eight menamatkan hari di tangga kedua dengan kutipan mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 29 mata bunuh dan 59 mata kesuluruhan, hanya dipisahkan lima mata dengan pendahulu liga.

Pasukan All Gamers membuat kejutan apabila muncul di tempat ketiga kesuluruhan.

All Gamers yang bermain dengan tidak konsisten sepanjang lima minggu liga berlangsung mula bangkit di Grand Final dan beraksi dengan cemerlang pada tiga pusingan pertama.

Manakala juara bertahan, pasukan Nova Esports menamatkan hari di tangga keempat kesuluruhan. Nova Esports mengutip 22 mata bunuh dan 44 mata kesuluruhan.

Zeng Zehai (Order) beraksi dengan cemerlang dalam lima pusingan yang dimainkan apabila menjadi faktor utama bagi pasukannya untuk mengutip mata bunuh.

Nova Esports berpeluang untuk mara ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 sekiranya menamatkan kejohanan di tangga empat teratas.

Sementara itu, pemain utama bagi pasukan 4 Angry Men iaitu Wu Chunjian (Hasaki) mencipta rekod peribadi yang baharu apabila berjaya mengutip mata bunuh yang ke-700 sepanjan beraksi di Liga PEL.

Hasaki kini muncul sebagai pemain ke-12 dengan mata bunuh terbanyak dalam sejarah. Hasaki masih lagi menjadi satu-satunya pemain non-gyro di Liga PEL.

Hasaki turut berjaya membantu pasukannya mendapatkan WWCD pada pusingan kedua di map Miramar.

Berikut adalah keputusan WWCD Grand Final:
Map 1 – Titan Esports Club
Map 2 – 4 Angry Men
Map 3 – ShowTime
Map 4 – Six Two Eight
Map 5 – Six Two Eight

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved