Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Nova Esports dapat RM1.3 juta, juara Weekly Final dua kali berturut-turut

Published

on

Foto: Weibo / PEL

GERGASI Game for Peace China, Nova Esports muncul sebagai juara Weekly Final 5 selepas membuat kebangkitan pada hari kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM655,000 (1 juta Yuan).

Nova Esports memulakan hari pertama Weekly Final 5 dengan cemerlang setelah berjaya mendapatkan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan mengutip 57 mata kesuluruhan.

Nova Esports berjaya mengekalkan momentum kemenangan pada hari kedua Weekly Final 5 apabila sekali lagi mendapatkan dua WWCD sekaligus mengatasi pasukan 4 Angry Men yang mendahului ranking keseluruhan sehingga pusingan ketujuh dan muncul sebagai juara buat kali kedua berturut-turut.

Nova Esports berjaya mengutip mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 58 mata bunuh serta 126 mata secara total, 15 mata dihadapan 4 Angry Men yang muncul sebagai naib juara.

Pemain bintang bagi Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) dipilih sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) bagi Weekly Final 5 setelah mengutip 20 mata bunuh dan 5174 mata kesan musnah dalam sepuluh pusingan yang dimainkan.

Paraboy turut dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Mobile Esports oleh Esports Award sebelum hari kedua Weekly Final 5 berlangsung.

Rakan sepasukan Paraboy, Zeng Zehai (Order) juga beraksi dengan cemerlang dalam membantu pasukannya merangkul kejuaraan apabila mengutip 16 mata bunuh dan 4048 mata kesan musnah.

Sementara itu, 4 Angry Men terpaksa berputih mata apabila gagal untuk mengekalkan kelebihan yang diperoleh pada hari pertama. 4 Angry Men menamatkan hari pertama di tangga pertama kesuluruhan dengan 69 mata selain berjaya mendapatkan dua WWCD.

4 Angry Men menunjukkan potensi untuk menjadi juara Weekly Final 5 apabila membuka tirai hari kedua dengan WWCD namun cerita sebaliknya yang berlaku apabila pulang ke lobi awal pada baki empat pusingan yang terakhir sekaligus menamatkan Weekly Final 5 di tangga kedua.

He Tianyou (Wuxian) sekali lagi menjadi pemain yang beraksi dengan begitu cemerlang bagi 4 Angry Men. Wuxian mengutip mata bunuh terbanyak berbanding dengan pemain yang lain iaitu sebanyak 21 mata bunuh.

Pasukan The Chosen mencatatkan persembahan terburuk pada hari kedua apabila berada di tangga kedua terakhir dengan 54 mata.

The Chosen berjaya mendapatkan WWCD yang pertama bagi Weekly Final 5 namun gagal beraksi dengan baik pada baki pusingan yang seterusnya kerana sering bertarung awal dengan pasukan yang lain mengakibatkan mereka kehilangan anggota pemain pada awal permainan.

Manakala juara Weekly Final sebanyak tiga kali berturut-turut, Weibo Gaming muncul sebagai pasukan tercorot setelah hanya mengutip 50 mata.

Weibo Gaming tetap menjadi pasukan dengan mata kesuluruhan Weekly Final terbanyak iaitu sebanyak 81 mata diikuti Nova Esports dengan 80 mata.

Tiga lagi pasukan mengikuti jejak Da Kun Gaming dan Action Culture Technology apabila telah sah gagal ke peringkat Grand Final . Tiga pasukan tersebut adalah Regans Gaming, Still Moving Under Gunfire, dan JD Esports.

Regans Gaming beraksi dengan goyah musim ini setelah kehilangan Lin Yien (King) yang kembali pulang ke Nova Esports. King yang dipinjamkan selama satu musim memberi impak besar kepada Regans Gaming terutama sekali dari segi corak permainan.

Still Moving Under Gunfire menjadi hilang arah selepas sandaran utama bagi pasukan tersebut, You Guochuan (FlowerC) berpindah ke The Chosen.

The Chosen telah membayar sebanyak RM2.6 juta kepada Still Moving Under Gunfire untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut dan Still Moving Under Gunfire masih belum jumpa pengganti yang setaraf dengan FlowerC.

JD Esports pernah membuat kejutan kepada pasukan lawan apabila membuat percaturan drastik pada jendela perpindahan 17 Julai yang lalu dengan membeli Tao Lupeng (86) sebanyak RM2.3 juta.

Remaja yang berusia 17 tahun itu menunjukkan potensi untuk menjadi pemain bintang pada tahun lepas namun gagal untuk memenuhi potensi sekaligus menjadi antara pembelian yang gagal sepanjang sejarah Liga PEL.

Keputusan WWCD bagi Weekly Final 5:
Map 1 – The Chosen
Map 2 – Nova Esports
Map 3 – 4 Angry Men
Map 4 – Nova Esports
Map 5 – 4 Angry Men
Map 6 – 4 Angry Men
Map 7 – LGD Gaming
Map 8 – Nova Esports
Map 9 – Titan Esports Club
Map 10 – Nova Esports

Peringkat Grand Final akan berlangsung pada 25 hingga 28 November dan sebanyak 15 pasukan akan merebut hadiah wang kemenangan kira-kira RM1.31 juta (2 juta Yuan).

Pasukan yang menjadi juara akan layak ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) secara automatik yang akan berlangsung pada 30 November.

Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved