Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Giliran Nova Esports bawa pulang RM650,000

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN Game For Peace China Nova Esports akhirnya menjadi juara peringkat Weekly Final 4 Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 buat kali pertama pada hujung minggu lalu, sekaligus menamatkan dominasi tiga minggu Weibo Gaming.

Nova Esports bermula dengan cemerlang pada hari pertama Weekly Final 4, apabila berjaya mendapatkan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan kedua dan kelima.

Pasukan itu juga berjaya mengutip 88 mata keseluruhan termasuk 44 mata bunuh, menjarakkan pasukan di tangga kedua dengan kelebihan 21 mata dan mencatat rekod baharu di kejohanan Liga PEL iaitu pasukan yang berjaya mengutip mata tertinggi dalam tempoh satu hari.

Tiga pemain Nova Esports muncul di kelompok lima pemain dengan mata bunuh terbanyak pada hari pertama Weekly Final 4 PEL S4 iaitu Ling Yien (King) mengutip 13 mata bunuh, Zhu Bocheng (Paraboy) mengutip 11 mata bunuh manakala Xu Yinjun (Jimmy) turut mengutip 11 mata bunuh.

Nova Esports gagal untuk menambah koleksi WWCD pada hari kedua Weekly Final 4 namun jumlah mata yang dikutip pada hari pertama sudah cukup untuk muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak RM650,000 (1 juta Yuan).

Nova Esports turut menjadi pasukan pertama yang berjaya pertama yang menjadi juara Weekly Final terbanyak sepanjang tahun 2021 iaitu sebanyak lima minggu daripada 19 minggu yang dipertandingkan.

Pasukan Qing Jiu Club (Q9) turut beraksi dengan cemerlang pada Weekly Final 4 meskipun bermula dengan agak perlahan pada hari pertama.

Pada hari kedua, Q9 berjaya mendapatkan WWCD berturut-turut pada pusingan ketujuh dan kelapan. Q9 berjaya meneruskan momentum kemenangan pada baki dua pusingan yang terakhir sekaligus naik empat anak tangga dan menamatkan hari di tangga kedua keseluruhan dengan 98 mata.

Pasukan 4 Angry Men muncul sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya mendapatkan WWCD terbanyak pada Weekly Final 4 iaitu sebanyak tiga WWCD.

4 Angry Men membuka tirai Weekly Final 4 dengan bergaya setelah menamatkan pusingan pertama dengan WWCD. 4 Angry Men mendapatkan WWCD yanng kedua pada pusingan keempat dan menamatkan hari di tangga ketiga dengan 25 mata bunuh serta 59 mata kesuluruhan.

Namun 4 Angry Men gagal untuk beraksi dengan konsisten pada pusingan kelima hingga pusingan kelapan sekaligus menutup harapan untuk mengejar Nova Esports.

4 Angry Men berjaya mendapatkan WWCD terakhir pada pusingan kesembilan dan kekal di tangga ketiga kesuluruhan dengan 46 mata bunuh serta 97 mata kesuluruhan.

Pembelian He Tianyou (Wuxian) sehari selepas pemergian Feng Shujie (Suk) dilihat semakin membuahkan hasil apabila sering menjadi penyelamat bagi 4 Angry Men dan sering muncul sebagai pemain dengan mata bunuh terbanyak bagi pasukannya.

Sementara itu, pasukan Royal Never Give Up muncul sebagai pasukan terakhir yang berjaya mendapatkan WWCD. Royal Never Give Up mengutip mata terbanyak berbanding dengan pasukan yang lain pada hari kedua Weekly Final 4 iaitu sebanyak 63 mata.

Royal Never Give Up naik empat anak tangga dan menamatkan hari di tangga keempat kesuluruhan meskipun berkongsi mata kesuluruhan yang sama dengan 4 Angry Men iaitu sebanyak 97 mata. Kedua-dua pasukan tersebut hanya dipisahkan dengan tima mata bunuh.

Pemain utama All Gamers, Huang Can (Acan) dipilih sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) setelah berjaya mengutip 17 mata bunuh serta 4642 mata kesan musnah.

Acan merupakan pemain paling lama yang masih aktif di China apabila pernah menamatkan kejohanan Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2018 di tangga keempat dalam ranking kesuluruhan.

Lima pemain turut berjaya mencipta rekod peribadi yang baharu pada Weekly Final 4. Lima pemain tersebut adalah:
•Zhu Bocheng (Paraboy) – 1300 mata bunuh
•Zeng Zehai (Order) – 1100 mata bunuh
•Chen Qi (Wyy) – 900 mata bunuh
•Zhong Hongsen (33Svan) – 700 mata bunuh
•Xiao Xuxin (XingChen) – 600 mata bunuh

Pasukan Weibo Gaming sudahpun menjadi juara Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 secara tidak rasmi apabila unggul di tempat pertama ranking keseluruhan Weekly Final dengan 80 mata.

Di tangga kedua adalah Nova Esports dengan 55 mata manakala di tangga ketiga adalah Titan Esports Club dengan 42 mata.

Sekiranya Weibo Gaming gagal mara ke Weekly Final 5 dan Nova Esports sekali lagi muncul sebagai juara Weekly Final 5, Weibo Gaming akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kerana memenangi tiga Weekly Final berbanding dengan Nova Esports dengan dua Weekly Final.

Keputusan WWCD bagi Weekly Final 4:
Map 1 – 4 Angry Men
Map 2 – Nova Esports
Map 3 – Titan Esports Club
Map 4 – 4 Angry Men
Map 5 – Nova Esports
Map 6 – Regans Gaming
Map 7 – Qing Jiu Club
Map 8 – Qing Jiu Club
Map 9 – 4 Angry Men
Map 10 – Royal Never Give Up

Minggu hadapan merupakan minggu yang terakhir bagi Liga PEL Musim Keempat (PEL S4) 2021. Setiap pasukan hanya mempunyai satu lagi peluang untuk merebut kejuaraan hadiah wang kemenangan sebanyak RM650,000 (1 juta Yuan).

20 pasukan akan bertanding pada peringkat ini dan 15 pasukan yang berada di ranking teratas Weekly Final akan layak ke peringkat Grand Final yang akan dimainkan pada 25 hingga 28 November.

Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved