Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Weibo Gaming juara lagi, menang RM1.95 juta setakat ini

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN Game for Peace China, Weibo Gaming, sekali lagi muncul sebagai juara Weekly Final Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021.

Weibo Gaming kini membawa pulang hadiah wang kemenangan terkumpul kira-kira RM1.95 juta (3 juta Yuan) setelah menjadi juara buat Weekly Final buat kali ketiga berturut-turut.

Meskipun gagal untuk mendapatkan sebarang Winner Winner Chicken Dinner (WWCD), Weibo Gaming berjaya memaparkan persembahan yang konsisten sepanjang sepuluh pusingan yang dimainkan sekaligus mengutip 119 mata kesuluruhan.

Pasukan The Chosen terpaksa berputih mata apabila menamatkan pusingan di tangga kedua keseluruhan, hanya enam mata dibelakang Weibo Gaming.

The Chosen meungguli carta pada hari pertama Weekly Final 3 dengan kutipan mata sebanyak 87 mata setelah membuka tirai Weekly Final dengan mendapatkan WWCD.

Pada hari kedua Weekly Final 3 berlangsung, The Chosen gagal untuk meneruskan momentum kemenangan apabila pulang ke lobi awal pada pusingan keenam dan pusingan ketujuh.

The Chosen muncul sebagai pasukan dengan mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 55 mata.

Pasukan Tong Jia Bao Esports menamatkan pusingan di tangga ketiga kesuluruhan dengan 101 mata. Tong Jia Bao turut gagal untuk mendapatkan sebarang WWCD namun tetap beraksi dengan cemerlang terutama sekali pada baki empat pusingan terakhir.

Tong Jia Bao Esports merupakan satu-satunya wakil tunggal dari negara China yang sudah memiliki slot ke Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.

Dua lagi pasukan yang akan mara bersama Tong Jia Bao Esports ke PMGC akan ditentukan pada Grand Final PEL Musim Keempat yang akan dimainkan pada 25 hingga 28 November.

Sementara itu, pemain bintang bagi pasukan LGD Gaming iaitu Mi Jiacheng (ChengC) berjaya mencipta rekod peribadi baharu apabila berjaya mengatasi angka mata bunuh ke-1000.

Foto: Weibo / PEL



ChengC kini muncul sebagai pemain ketiga dalam sejarah Liga PEL dengan mata bunuh terbanyak keseluruhan dibelakang Zhu Bocheng (Paraboy) dan Zeng Zehai (Order).

Turut berjaya mencipta rekod peribadi yang baharu adalah tonggak utama pasukan 4 Angry Men, Zhong Hongsen (33Svan).

33Svan yang sebelum ini digelar sebagai ‘Putera’ bagi Liga PEL berjaya mengutip angka mata bunuh ke-700 sekaligus menduduki tangga kesepuluh keseluruhan.

Kali terakhir 33Svan dan rakan sepasukannya muncul sebagai juara adalah pada Liga PEL Musim Ketiga 2020.

Foto: Weibo / PEL



Keputusan WWCD bagi Weekly Final 3:
Map 1 – The Chosen
Map 2 – TeamPai
Map 3 – Six Two Eight
Map 4 – ThunderTalk Gaming
Map 5 – ThunderTalk Gaming
Map 6 – Titan Esports Club
Map 7 – Nova Esports
Map 8 – TeamPai
Map 9 – LGD Gaming
Map 10 – Royal Never Give Up

Liga PEL S4 berlangsung selama lima minggu dan juara mingguan akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM651,000 (1 juta Yuan).

20 pasukan akan bertanding pada peringkat ini dan 15 pasukan yang berada di ranking teratas Weekly Final akan layak ke peringkat Grand Final yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 November.

Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved