Connect with us

PUBG Mobile

PEL: 4 Angry Men kutip WWCD berturut-turut, akhirnya layak ke Weekly Final

Published

on

Foto: Weibo / PEL

Pasukan 4 Angry Men akhirnya berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) yang pertama pada peringkat Elimination Day Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021.

4 Angry Men kemudiannya mendapatkan satu lagi WWCD pada pusingan ketiga setelah berjaya mengekalkan momentum kemenangan sekaligus mara ke peringkat Weekly Final 3.

Ini merupakan kali pertama 4 Angry Men berjaya mara ke peringkat Weekly Final setelah dua minggu berturut-turut gagal beraksi dengan cemerlang. Kini para peminat 4 Angry Men boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu berjaya memperoleh kejayaan pasukan tersebut.

Turut berjaya mendapatkan WWCD dan layak ke peringkat Weekly Final 3 adalah pasukan Weibo Gaming, Royal Never Give Up, dan Six Two Eight.

Weibo Gaming sekali lagi menamatkan pusingan di tangga pertama keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 67 mata.

WWCD yang diperoleh pada pusingan terakhir berjaya melonjakkan ranking keseluruhan Weibo Gaming sebanyak dua anak tangga mengatasi pasukan ditangga kedua dengan perbezaan tiga mata iaitu pasukan The Chosen.

In-game-leader bagi pasukan The Chosen, Feng Shujie kembali mengganas apabila mengutip mata bunuh terbanyak dan mata kesan musnah kedua terbanyak iaitu sebanyak 12 mata bunuh dan 2240 mata kesan musnah.

Sementara itu, pasukan Action Culture Technology menjadi satu-satunya pasukan yang masih gagal mara ke peringkat Weekly Final.

Action Culture Technology berkemungkinan tidak akan layak ke peringkat Grand Final apabila kekal dengan kosong mata di ranking keseluruhan Weekly Final.

Berikut adalah keputusan WWCD bagi hari ini:
Map 1 – Six Two Eight
Map 2 – 4 Angry Men
Map 3 – 4 Angry Men
Map 4 – Royal Never Give Up
Map 5 – Weibo Gaming

Liga PEL akan berlangsung selama lima minggu dan juara mingguan akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM651,000 (1 juta Yuan).

20 pasukan akan bertanding pada peringkat ini dan 15 pasukan yang berada di ranking teratas Weekly Final akan layak ke peringkat Grand Final yang akan dimainkan pada 25 hingga 28 November.

Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved